Esok sudah pun masuk hari Jumaat, sekejap sahaja masa berlalu untuk minggu ini. Bagi anda yang menetap di Pantai Timur, esok adalah hari anda semua bercuti pada hujung minggu.
Sering kali anak-anak merungut nak berjalan-jalan tetapi masa itu anda masih belum gaji. Apa kata esok anda bawalah anak-anak ke Kuala Terengganu masa awal-awal bulan ini.
Kenapa kena pergi Kuala Terengganu?
Jambatan Angkat
Mulai hari ini anda semua sudah boleh singgah di Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu City Centre (KTCC) mulai jam 6.00 pagi lagi.
Pagi-pagi itu bolehlah berjogging bersama-sama ahli keluarga sambil lihat pemandangan dari atas jambatan.
Bukan itu sahaja, Jambatan Angkat ini juga menjadi tumpuan penggemar jurufoto dan anda yang suka bergambar. Bolehlah gambar-gambar tersebut disimpan sebagai kenangan.
Apa yang menariknya di jambatan ini, ada beberapa kawasan sekitarnya yang cukup indah untuk anda ambil gambar.
Antaranya di Taman selera Tanjung, Shah Bandar, Kuala Terengganu.
Pesta Lampu Terengganu
Waktu malam pula anda bolehlah ke pesta lampu di Kuala Terengganu. Pada waktu malam, banyak lampu menghiasi dan mewarnai dalam suasana malam. Di sini terdapat pelbagai jenis corak dan tema yang menjadi tarikan semua untuk bergambar dan berhibur bersama keluarga.
Pesta Lampu Terengganu ini diadakan di Dataran Shah Bandar Terengganu bersebelahan dengan jeti Pulau Redang selama 23 hari bermula 30 Julai sehingga 21 Ogos ini.
Ia dibuka bermula dari jam 5.30 petang sehingga 11.30 malam dengan tiket RM 5 seorang.