Sesi siaran langsung di Instagram Live (IG) yang dibuat oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida malam semalam telah mengundang perhatian warganet apabila beliau berkongsi tarikh perkahwinan bersama bekas pembantu peribadi, Iqbal.
Meskipun tidak memberitahu tarikh spesifik, usahawan dan juga penyanyi lagu I Am Me itu mencetus tanda tanya mengenai kesahihan tarikh perkahwinan tersebut.
Malah, lagi membuatkan netizen tertanya-tanya apabila Iqbal atau nama sebenarnya, Ahmad Iqbal Zulkefli meninggalkan komen ringkas iaitu ‘Bulan 12’ di sesi siaran langsung itu.
View this post on Instagram
Namun, tiada ulasan lanjut dari Datuk Vida berkenaan hal tersebut, cuma dia hanya mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai buat dia dan pasangannya.
Banyak yang hubungi ucap tahniah in advance, terima kasih sangat.
Sehingga kini, video siaran langsung yang dimuat naik semula oleh usahawan itu telah meraih tontonan hampir 100,00 di Instagram.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Syasya Dolla pak pung pak mustafe
September 8, 2021 at 8:12 am
tua2 keladi, kubur kata mari, rumah kata pergi…
anonymous
September 8, 2021 at 7:48 am
tapi ini dah macam mak dgn anak eeuuwww
tecit
September 7, 2021 at 4:37 pm
iqbal yg soft spoken dgn tok vida yg gelak sakan sesuai2. klu dedua gelak sakan gini susah jgk. mcm nabil dgn ayda. dedua nampak same je peel nye gile2. tp ayda nampak mature sikit banding suami die.