Buku Biografi Rita Rudaini Habis Terjual Sebanyak 3,000 Naskah Dalam Masa Empat Hari

Hiburan

Buku Biografi Rita Rudaini Habis Terjual Sebanyak 3,000 Naskah Dalam Masa Empat Hari

Mendedahkan kisah benar kehidupannya termasuklah kontroversi pernikahan bersama bekas suami, Aidil Zafuan, buku biografi Rita Rudaini berjudul Kerana Aku Seorang Perempuan yang dilancarkan pada 1 Mei lalu mendapat sambutan yang luar biasa.

Advertisement

Sebanyak 3,000 naskah habis terjual hanya dalam masa empat hari sahaja. Wah! Nampaknya memang ramai yang ingin tahu rahsia kehidupan dan hati Rita.

Untuk cetakan pertama pihak penerbitan menghasilkan 3,000 naskhah dan semuanya habis terjual. Malah, semalam saya dimaklumkan ramai pengunjung pesta buku di PWTC kecewa buku ini habis. Insya-Allah, kami sedang merancang untuk menghasilkan cetakan kedua tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Rita memberitahu beliau tidak kisah andainya dikecam belum lagi “move on” dengan kisah perkahwinan terdahulu.

Biarlah orang lain nak mengata atau terus memburukkan saya di laman sosial. Apa yang penting saya tidak kacau hidup mereka. Lebih banyak mereka mengutuk saya, lebih banyak rezeki Allah berikan untuk saya dan anak-anak. Orang selalu kata saya suka buat cerita, jadi buku ini menjawab segala persoalan ditimbulkan.

Terdahulu, kandungan buku Rita mula menarik perhatian ramai apabila beliau secara eksklusif menyertakan foto pernikahan beliau bersama Aidil yang hanya diadakan di sebuah gudang beras di Thailand.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

15 Comments

  1. Anonymous

    May 7, 2018 at 10:07 am

    yang beli tu semua makcik bawang ha..ha..

    • Anonymous

      May 7, 2018 at 11:21 am

      adik-adik bawang ramai yg beli buku tu & sibuk komen pat BN ni bukan makcik bawang

  2. Tk

    May 7, 2018 at 9:26 am

    Maaf ye mk cik bawang dan pk cik kopitiam. Bila tenguk foto RR yg kedua tu teringat Lofa pakai baju oren, turban ular sawa dan duduk dg pose kaki ter………

  3. zarima

    May 7, 2018 at 9:04 am

    kisah ngan x husband pertama ada x dlm buku ni?? kalo x der motif sgt la nak buruk2kan x husband kedua….hmmm byk nyer laki ko kak

    • anonymous

      May 7, 2018 at 3:04 pm

      makcik jgn ko nak kutuk2 takdir orang…takdir ko tu ko jga…bersiap sedia untuk diuji takut tak terredha nanti bunuh diri..jgn hina takdir orang lain…kalau tak kena kat ko kena kat anak cucu ko nanti….masa tu baru ko tau ko ada mengutuk menghina orang yang di uji dengan perkahwinan….pastu pakai nick name zarima tak pasal2 ko fitnah dia…bila ko letak nick name zarima 100% org baca akan terpk kan si zarima bini si adil tu secara tak sengaja…jahat ko ni

  4. Chohkri Yulis.

    May 7, 2018 at 3:36 am

    Mesti jual 3000 kat stokis kedai buku kan bkn dkt pembaca kan??? Haha.
    Ramai org tpadaya dgn statement mcm ni.
    Mcm Wak Doyok sendri dia sendri kate baju Melayu dia smpi 5 ribu/50 ribu tjual kat stokis je.
    Stokis ni akan pegang baju n bkn dlm 1 masa bleh laku trus…Yg laku trus si penjual mcm Wak Doyok je nila…..hahaha…
    Mcm ko g kedai cd/kaset…Ko bleh jumpa album pressing thn 90 an lg de tjual.
    Nak accurate beto pjualan mcm org bli kat itunes, amazon mp3 dll.

    • huhu

      May 7, 2018 at 9:34 am

      baru nk komen yang sama…tapi ayat yang pertama sahaja..
      #fanaticRRjangankecamik#

    • Hazman

      May 7, 2018 at 1:11 pm

      Sbb tula ramai pengasas produk cpt kaya.Walopn produk bese2 je.

    • grumpydrive

      May 7, 2018 at 8:58 pm

      Jual pada stokis pin duit dah masuk kat poket so okaylah tu.

  5. Kedondong

    May 7, 2018 at 2:35 am

    Akukkah yg pertama. Terharunya!

Loading...