May 7th, 2018

Mendedahkan kisah benar kehidupannya termasuklah kontroversi pernikahan bersama bekas suami, Aidil Zafuan, buku biografi Rita Rudaini berjudul Kerana Aku Seorang Perempuan yang dilancarkan pada 1 Mei lalu mendapat sambutan yang luar biasa.

Sebanyak 3,000 naskah habis terjual hanya dalam masa empat hari sahaja. Wah! Nampaknya memang ramai yang ingin tahu rahsia kehidupan dan hati Rita.

Untuk cetakan pertama pihak penerbitan menghasilkan 3,000 naskhah dan semuanya habis terjual. Malah, semalam saya dimaklumkan ramai pengunjung pesta buku di PWTC kecewa buku ini habis. Insya-Allah, kami sedang merancang untuk menghasilkan cetakan kedua tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Rita memberitahu beliau tidak kisah andainya dikecam belum lagi “move on” dengan kisah perkahwinan terdahulu.

Biarlah orang lain nak mengata atau terus memburukkan saya di laman sosial. Apa yang penting saya tidak kacau hidup mereka. Lebih banyak mereka mengutuk saya, lebih banyak rezeki Allah berikan untuk saya dan anak-anak. Orang selalu kata saya suka buat cerita, jadi buku ini menjawab segala persoalan ditimbulkan.

Terdahulu, kandungan buku Rita mula menarik perhatian ramai apabila beliau secara eksklusif menyertakan foto pernikahan beliau bersama Aidil yang hanya diadakan di sebuah gudang beras di Thailand.

Sumber Berita : Harian Metro


15 responses to “Buku Biografi Rita Rudaini Habis Terjual Sebanyak 3,000 Naskah Dalam Masa Empat Hari”

  1. Anonymous says:

    Kena tulis biografi Rita dgn aidil.. sbb ni semua cerita dgn aidil saja Kan.. hehehe

  2. anonymous says:

    makcik jgn ko nak kutuk2 takdir orang…takdir ko tu ko jga…bersiap sedia untuk diuji takut tak terredha nanti bunuh diri..jgn hina takdir orang lain…kalau tak kena kat ko kena kat anak cucu ko nanti….masa tu baru ko tau ko ada mengutuk menghina orang yang di uji dengan perkahwinan….pastu pakai nick name zarima tak pasal2 ko fitnah dia…bila ko letak nick name zarima 100% org baca akan terpk kan si zarima bini si adil tu secara tak sengaja…jahat ko ni

  3. Barisan Bawang Nasional says:

    terkojut beruk bawang nasional dibuat nye…3000 dh terjual???

  4. Anonymous says:

    Baru nk tnya buku ni ksh Rita dgn aidil saja Ka? Mmg dlm buku ni semua Rita Betul sj @ Ada jgk slh Rita yg diceritakan

Loading...