Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Buktikan Kahwin Muda Pun Boleh Berjaya, Wawa Zainal ‘Pekakkan’ Telinga Dengar Kutukan Orang

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel

Pelakon cantik yang kini bergelar usahawan kosmetik, Wawa Zainal sering saja menarik perhatian peminat di luar sana dengan gelagat lucu bersama suaminya, pelakon Aeril Zafril. Dia yang kini bahagia bersama kehadiran tiga cahaya mata comel baru-baru ini berkongsikan pengalaman menghadapi awal perkahwinan sehinggalah mengecapi kejayaan yang diperolehnya kini.

Wawa ZainalSumber : Instagram Wawa Zainal  

Menurut Wawa, dia yang memilih untuk bernikah di usia muda bersama Aeril turut tidak terlepas daripada menerima kritikan serta kutukan daripada individu yang merasakan bahawa hubungan yang dibina tidak akan kekal lama dan sebagainya.

Advertisement

Namun, Wawa yang kini boleh dikatakan berjaya dalam perusahaan yang diusahakan bersama suaminya itu mengakui apa yang dikecapinya kini bukan mudah dan sukar untuk dikecapi.

Jelasnya, dia pernah dipandang rendah kerana berkahwin di usia muda namun menganggap kata-kata yang dilemparkan itu sebagai pembakar semangatnya untuk terus berjaya.

Dia dilihat telah berkongsikan perkara tersebut di laman sosial Instagramnnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

“Pernah tak orang pandang rendah pada korang? Wawa juga pernah, tapi kata-kata mereka tu kita jadikan semangat untuk kita berusaha lebih lagi, jangan pernah down tau. Ketika kita dah capai apa yang kita impikan dan ketika kita sudah punya segalanya, janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain.”

Berikutan dengan kejayaan yang dikecapinya kini, dia mahu terus membantu insan-insan di luar sana untuk terus berjaya melalui perniagaannya, Wawa Cosmetics.

Sekadar info, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 yang lalu dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,5, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

SUMBER : Instagram Wawa Zainal
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. ndo

    January 21, 2021 at 7:27 am

    tak payah nk bukti sgt laaa.. cuba kalau awak paras rupa biasa2 je. tak pernah berlakon filem atau apa2 dan org pun tak kenal. rasa2 pencapaian apa yg ada skrg? kebetulan muka boleh market, terus bawak keluar product kosmetik. selain dari tu, apa pencapaian yg awak ada? berlakon pun suam2 kuku. sama juga suami pun, lakonan tak memberi kesan. pendek kata, kalau tak keluar di layar tv, tiada yg merindui. terima kasih byk2 pd agent2 kosmetik awak, tanpa mereka, awak takkan berada di kedudukan skrg

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama