Bukti Tak Patut Ada Peluang Kedua, Buatkan Doktor Ini Serik Bercinta Setelah Dua Kali Dikhianati

Trending

Bukti Tak Patut Ada Peluang Kedua, Buatkan Doktor Ini Serik Bercinta Setelah Dua Kali Dikhianati

jujur

Setiap orang ada kisah percintaan masing-masing. Samaada seawal usia sekolah rendah , sekolah rendah atau di universiti. Ada juga yang menemui cinta baru di zaman pekerjaan atau ada juga yang bercinta dari zaman universiti masih bertahan hinggalah naik pelamin.

Advertisement

Bagaimana pula korang yang pernah dikecewakan? Penah tak rasa serik dan sia-sia bila selama ini memberi kepercayaan, rupanya dikhianati.

Kisah bakal doktor ini yang kecewa dalam percintaan sebanyak beberapa kali oleh pasangannya mungkin boleh korang jadikan pengajaran. Macam-macam alasan diberi untuk “clash”. Sakit hati dibuatnya!

Cinta pandang pertama

Assalamualaikum semua. Sorry cerita aku agak panjang. Tapi dah lama aku nak luahkan. Aku sebenarnya tak belajar pun kat UIA. Aku tengah belajar medik di sebuah negara bahagian Eropah.

Cuma sebabnya aku confess kat page ni, sebab aku nak ceritakan kisah hidup aku bersama seorang perempuan ni. Perempuan yang berjaya memikat hati aku buat pertama kali. Satu-satunya perempuan yang aku sangat selesa bila bersamanya.

Perempuan yang dapat buat hati aku berdegup kencang setiap kali bercakap dengan dia. Dan perempuan tu tengah belajar kat UIA sekarang. So mungkin dia akan terbaca kisah ni, siapa tahu.

Aku ni boleh dikatakan sedikit pemalu depan perempuan. Boleh dikatakan seumur hidup setakat ni, aku tak ada seorang pun kawan perempuan yang rapat. Aku hanya akan bergaul dengan perempuan kalau ada urusan kerja sahaja.

Aku tak akan tegur sapa perempuan tanpa sebab. Ok ceritanya start macam ni. Aku kenal dia pada tahun 2005. Masa tu aku di penghujung sekolah rendah. Dia ni salah seorang classmate aku. Tapi dalam ramai2, aku paling tertarik dengan dia.

Dia lemah lembut, senyuman manis. Boleh dikatakan aku pergi kelas sebab nak tengok dia je. Tapi kitorang tak pernah bertegur sapa. Hanya tahu nama sahaja. Aku tengok dia dari jauh je.

Lepas UPSR, aku nak tahu jgk dia nak masuk sekolah mana, sebab aku nk ikut sama. Tapi apakan daya, aku terpaksa pindah ke satu negeri jauh ke utara sebab ayah aku tukar tempat kerja. Sejak tu aku tak tahu apa2 berita pun pasal dia.

Kat tempat baru, aku masuk ke sekolah yg boleh dikatakan berprestij tinggi jgk la berbekalkan result UPSR aku 5A. Sekolah tu semuanya lelaki. Memang sesuai sgt la dgn aku yg tak reti bergaul dengan perempuan. Aku suka sgt sekolah tu.

Disebabkan aku ni agak pandai, semua cikgu suka aku. Ada pertandingan apa2 mesti hantar aku. Junior, senior semua kenal aku, sebab wakil sekolah la kan. PMR pun dapat straight A. Sampailah aku form 4, masa tu internet baru tengah berkembang kan. Ayah aku pasang internet kat rumah.

Aku pun try la facebook. Tahu tak siapa aku cari dulu? Dia. Aku mmg takkan dpt lupakan dia. Crush dari dulu. Aku still ingat nama penuh dia sampai sekarang. Aku type nama dia. Memang ada. Aku punyalah happy, terus addfriend dia.

Tak lama lepas tu, dia approve. Aku pun start mesej dia tanya khabar semua, sekolah mana sekarang etc. Lebih kurang seminggu chatting ikut fb, aku beranikan diri mintak no telefon dia.

Dia bagi. Malam tu jugak, aku confess kat dia. Bagitahu dia yg aku dah lama simpan hati dgn dia. Dia terima cinta aku! Dia cakap yg dia pun ada usha aku jugak dulu. Tapi takut nak tegur sebab aku ni pemalu, sopan. Rupanya macam ni lah rasanya jatuh cinta. Sejak dari tu, tiap2 hari aku mesej dia. Call dia kalau ada duit lebih. Memang bahagia sgt lah.

Walaupun tak dapat berjumpa lagi sebab tempat kami jauh, tapi aku tahu, if shes the one, no matter how far the distance, we will be together. So, ni tahun pertama sebagai couple kan, birthday dia pun tak lama lagi. So why not aku bagi hadiah utk dia?

Lebih kurang 2 minggu lagi harijadi dia. Hadiah pun aku dah beli. Tinggal nak balut dan post. Tapi… dia hantar satu mesej. Dia kata, nak putuskan hubungan ni… Aku tanya dia apa sebabnya? Dia kata tak boleh bagitahu sebab.

Dia cuba lost contact dgn aku. Dia tukar no telefon, deactivate fb dia. Memang aku total lost contact. Hati aku punya lah remuk retak seribu. Aku mana pernah bercinta sebelum ni. Aku tak reti macam mana nak deal dgn putus cinta.

Aku menangis, banyak duduk sorang diri. Nasib baik masa tu cuti sekolah, so aku boleh menangis semahunya kat rumah. Parents aku tak tahu pun pasal hubungan aku dengan dia. Aku malu nk cerita pasal perempuan kat parent aku.

Yes, putus cinta sgt perit. Walaupun baru 5 bulan bercinta dengan dia, walaupun tak pernah face to face dgn dia, tp aku sangat kecewa. Aku berazam tak akan jatuh cinta lagi, dan akan focus pada pelajaran demi masa depan aku.

Dia beritahu nak balik

Buka sekolah, aku form 5. Memang bertekad gila. Untuk lupakan perempuan tu, dengan focus dalam pembelajaran. Semua jawatan, semua aku tibai. Presiden kelab ni, setiausaha kelab tu.

Semua aku cadang diri sendiri, yelah sebab nak markah penuh kokurikulum sebab nak masuk Universti nanti. Aku semakin lupa pada dia. At the end, Aku berjaya dapat straight A SPM.

Korang boleh agak betapa bangganya parent aku bila aku berdiri atas pentas nak amek result SPM smile emoticon lgpun aku ni anak sulung. Dengan result tu, aku try apply untuk uni dalam dan luar negara. Aku nak jadi seorang doktor. Alhamdulillah, aku dapat tawaran untuk degree medik ke luar negara dgn tajaan MARA.

Lebih kurang 3 bulan kat tempat baru, aku dapat satu friend request… Youre right. Its from the same girl whom i in love with long time ago.

Aku pun approve la sebab aku macam dah takde rasa apa dgn dia. Dia minta maaf kat aku, dan bgtahu aku sebab kenapa dia nak clash dulu.

Rupa-rupanya dalam masa dia couple dgn aku, dia ada tersuka tanpa sengaja dengan classmate dia. Tapi satu hari classmate dia luahkan perasaan kat dia, so dia buat keputusan nak putus terus dgn aku. Aku ni bukan jenis pendendam, so aku maafkan dia. Kitorang keep on messaging tanya khabar, until aku rasa aku dah jatuh hati balik kat dia.

Tapi dia yang bgtahu aku yg dia nak balik kat aku. And yes, were couple again. But this time, aku lebih serius. Aku janji, bila aku dpt balik Malaysia sekali setahun, aku akan pergi jumpa parent dia terus. We are quite happy as a ‘new’ couple.

Walaupun masa berlainan dan jarak yg jauh, aku akan text dia setiap hari, Long distance relationship antara benua ni susah sgt. But aku tak kisah asalkan shes the one. Aku akan spare every free time yg aku ada just for her (and family aku of course). Trust adalah perkara paling penting.

Aku? Jangan risaulah. Aku still sama macam dulu. Segan bila dengan perempuan. Nak curang? Aku datang sini sebab nak jadi doktor, bukan nak main2.

Lebih kurang 10 bulan aku kat sana, akhirnya aku dapat balik Malaysia.

Mahal ooo tiket bukan boleh balik bulan2. Sekali setahun tu bersyukur la. Yes, aku tunaikan janji aku. Aku pergi jumpa dia buat pertama kali. Dari negeri aku, aku naik bas ke tempat dia.

Aku dah bagitahu family aku pasal dia sebab aku mmg ikhlas dgn dia nak jadikan dia isteri. Aku still tak boleh lupa betapa menawan nya dia masa dia ambik aku bersama ayah dia.

Aku tak expect pun dia akan jd soo much better in real life, daripada skype. Aku jumpa family dia. Aku suka family dia. Dorang pun suka kat aku. Kitorang spend the whole day borak pasal pelajaran aku, family, and our future.

Dia kata dia busy

Its been a lovely 3 years with her now. And dah jumpa dengan dia 3 kali. Dalam masa yg lama ni, kita akan dapat kenal sikap seseorang tu, macam mana karakter dia.

Shes a happy go lucky person. Agak peramah. Kadang2 aku terfikir karakter dia sgt bertentangan dgn aku yg pemalu, sopan. Tapi apa org kata, itulah yg melengkapkan sesebuah hubungan. Memang akan ada bergaduh sana-sini.

Sikap dia yang peramah tu kadang2 buat aku susah hati. Yela dia tu cantik rupa, ramai yg suka dia. Pernah sekali classmate dia kat UIA confess kat dia. Dia bgitahu aku dia tak tahu nk pilih sapa. Dia sayang classmate dia, but dia cinta aku.

Aku rasa aku sgt penyabar. Aku tak pernah marah dia. Aku suruh dia fikir dalam2 takkan dia nak hancurkan hubungan yg kita dah bina ni sebabkan benda macam tu? Bukan sekali benda ni jadi. Banyak kali. Dia tersangat peramah.

Puas aku nasihatkan dia. Dan setiap kali itulah aku akan maafkan dia. Aku takkan marah dia. Aku dalam penghujung bulan terakhir tahun 3 medik. Aku agak sibuk.

Setiap hari dalam otak aku hanya study dan study.

Kebetulan masa tu UIA cuti sem. So, dia kat rumah holiday. Aku pulak bertungkus lumus study medik. Dia kata, aku tak ada masa untuk dia. Sebab aku jarang text dia, jarang call dia. Aku tengah study week… Aku minta dia faham. Dia minta maaf. Dia kata tak apa.

Susah payah, akhirnya aku habis exam dan start cuti. Tapi aku tak balik Malaysia, sebab tiket mahal dengan duit Malaysia tgh turun skrg. So, first thing to do lepas habis exam, aku contact dia. Masa tu dia dah habis cuti. Dia dah start sem baru.

Dia kata dia busy. Aku dengan serba salah, kurangkan text dia sebab takut ganggu dia study. Lagipun dia mmg dah jarang balas text aku. Ada sekali aku text, 3 hari baru dia balas.

Aku ni jenis yg suka text. Macam2 aku text dia, kata rindu lah, nak oncall lah. Skype? Mmg jarang sgt… sebab bila dia kat UIA, dia kata internet lembab.

Walaupun dia tak balas, tapi aku tak ambik hati sebab aku faham dia tgh study… Sampailah satu hari, masa tu aku baru pasal 4th year medic, dia text aku yg dia nak putuskan hubungan.

Aku tanya sebab apa. Dia cakap sebab nak focus study. Sebab dia serabut aku text banyak sgt. Dia serabut sebab setiap kali dia nak keluar, aku akan tanya nk keluar dengan sapa, naik apa, pergi mana etc. Aku cuma ambil berat.

Aku cuma risau. Tapi dia cakap aku terlalu mengongkong dan dia nak bebas. Aku patah hati. Walaupun tersangatlah sedih, tapi aku memahami. Dia nak focus study.

Ni kali kedua aku break-up dengan org yg sama. Padahal dia lah first love aku. Mimpi nak kawin lepas habis study lebur macam tu je. Dia kata, kalau ada jodoh takkan kemana…dia nak jadi kawan dengan aku. Aku sedih sgt. Aku menangis seorang diri.

Kali ni di negara org, seorang diri. Aku tak bgtahu kawan2 aku yg aku dah break. I am very lonely. Lagipun that day, lebih kurang 3 minggu nk harijadi dia. Kitaorang still contact biasa2 as a ‘friend’. Tapi aku tak anggap dia friend pun.

Aku sangat cinta dia. Sampai lah pada tarikh hari jadi dia. Waktu tu pukul 2 pagi sini. Malaysia dah 7 pagi. Aku call dia sebab nak wish happy birthday. Tapi dia mamai lagi, suruh aku call lagi dua jam. Aku tunggu sampai 4 pagi then aku call dia.

Dia angkat, and cakap dia dalam kereta nak pergi sambut birthday dgn kawan2. Aku dapat dgr suara seorang lelaki tgh drive. Aku tanya siapa tu. Dia akhirnya jujur kat aku yang dia dah ada pasangan baru…

Sedangkan aku masih terkapai-kapai kat sini… Wah… Aku marah dia. Aku kata kat dia dia penipu, kata nak putus sebab nak focus study. Alasan dia, dia kata memang nak focus study. Tapi lepas putus, baru dia couple baru. Lebih perit lg dia kata, saying aku…tapi tak cinta. Dia off kan call. Aku patah hati.

Memang berkubur lah hasrat aku nk jadikan dia isteri. Dia block semua contact dengan aku. Whatsapp, facebook, twitter, instagram semua dia block.

And here I am, 2 month post-breakup, all alone. Sekurangnya, dah masuk 4th year ni sikit sebanyak byk tolong aku lupakan dia sebab aku byk spend time masa kat hospital. Lagi dua tahun aku akan habis study dan balik Malaysia. Aku dah serik.

Her loss, not mine. Aku tanak jumpa dia lg, ever. UIA girl, if you read this, say hello to your mom for me. I really miss her.

To my real future wife, who ever, where ever you are, please never break my heart, as I only have one…

– Bakal doktor kamu

Sumber : IIUM Confessions

Fuhh.. Macam-macam perangai bila kalau dah tak suka. Suka sangat kasi alasan yang ntah apa-apa. Harap pada yang dikecewakan, jadikan cerita ini sebagai satu iktibar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...