Sebuah iklan CSR dari syarikat telekomunikasi dTac dari thailand. Memang betul apa yang disampaikan oleh iklan ini. walapun ada video call, sms dan telefon tapi sentuhan kasih sayang itu penting. Tambah tambah bila tiba hari raya nanti, telefon sms ibu bapa tak cukup untuk melepaskan rindu. ciuman di tangan yang mereka impikan. pelukkan kasih untuk mereka yang ditunggukan. walaupun sibuk mana anda bekerja, ambil la peluang jenguk mereka. Jenguk tu bukan sekadar hari raya sahaja, ada masa terluang balik la jumpa mereka. Mak ayah ni bukan nak sangat pun duit anda, mereka cuma nak anda di sisi mereka.