Bukit Broga Sesak Dengan Pendaki, Majlis Perbandaran Tak Sangka Ramai Yang Hadir

Trending

Bukit Broga Sesak Dengan Pendaki, Majlis Perbandaran Tak Sangka Ramai Yang Hadir

Hujung minggu lalu menyaksikan orang ramai menyerbu Bukit Broga untuk melakukan aktiviti pendakian selepas ianya dibenarkan semula oleh kerajaan. Bermula 15 Jun yang lalu, Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan aktiviti pendakian merupakan antara aktiviti yang dibenarkan.

Mereka yang telah berkunjung ke sana pada hujung minggu lalu terkejut melihat kedatangan orang ramai sekaligus membangkitkan kebimbangan orang ramai. Menerusi gambar yang tular di media sosial, dapat dilihat orang ramai beratur tanpa penjarakan sosial yang ditetapkan.

Advertisement

Tiada social distancing

Gambar yang tular ini memberikan kerisauan kepada orang ramai kerana dapat dilihat tiada penjarakan sosial yang dilakukan. Kelonggaran yang diberikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kebenaran untuk melakukan aktiviti pendakian ini juga dibenarkan hanya jika pendaki mematuhi SOP yang ditetapkan.

Oleh kerana ini merupakan salah satu akiviti beriadah dan sukan, rata-rata di dalam gambar ini juga dilihat tidak memakai pelitup muka mungkin kerana bimbang dengan masalah pernafasan. Tetapi dalam masa yang sama juga, mereka dilihat tidak sama sekali menjaga jarak sepatutnya di antara satu sama lain.

Tak sangka ramai

Kesesakan yang berlaku di Bukit Broga ini mungkin berpunca daripada kawalan kendiri dilakukan oleh pemilik tanah dan pengendali parkir di kawasan rekreasi berkenaan. Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) memberitahu pendaki yang datang perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu menjalani menjalani pemeriksaan suhu serta direkodkan kehadirannya.

Bukit Broga berada di bawah seliaan MPKJ, namun setakat ini tiada pegawai ditempatkan secara khusus di situ memandangkan kawalan ke laluan masuk dilakukan pemilik tanah serta pengendali parkir.

“Kita tidak jangka pendaki yang datang seramai itu dan ia mungkin kerana kebenaran melakukan aktiviti mendaki dalam tempoh PKPP.”

Ditambah pula dengan faktor kawasan itu sememangnya menjadi tumpuan pendaki sebelum ini, jadi mereka tentunya mengambil kesempatan untuk datang pada hujung minggu lalu. Pemilik tanah diharap mengambil alternatif untuk mengawal kesesakan antaranya menggunakan khidmat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Namun sekiranya perkara berada di luar kawalan, MPKJ akan mengambil tindakan lebih efektif antaranya meletakkan pegawai terutama pada waktu puncak. Pada masa sama, pemilik tanah perlu membuat kawalan kendiri dan apa saja langkah diambil perlu mengambil kira keselamatan pendaki yang sentiasa menjadi keutamaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...