Pelakon dan penyanyi Nabila Razali yang bakal membintangi drama adaptasi novel yang bertajuk ‘Kerana Cinta Itu Ada’ menyatakan bahawa pengambaran masih tertangguh kerana belum ada hero yang sesuai.
Dalam pada itu, Nabila menafikan yang dia terlalu cerewet dalam memilih hero untuk bergandingan dalam drama tersebut.
Menurutnya, aktor yang dimahukan adalah seseorang yang bersesuaian dengan karakter yang bakal ditampilkan.
Selain itu, Nabila juga mengakui bahawa dia tidak mencari aktor lelaki yang sedang ‘meletop’ hanya untuk digandingkan bersama tetapi seseorang yang sesuai dengan karakter yang digambarkan oleh penulis novel.
Memetik laporan Berita Harian, aktor yang berjaya menangkap perhatian Nabila sekarang ialah Shukri Yahaya dan dia yakin bahawa Shukri dapat memberi impak kepada watak berkenaan.
Novel yang dihasilkan berdasarkan kisah cinta silam Nur Nabila Mohd Razali yang tidak kesampaian dan drama yang menyaksikan Nabila sebagai watak Nabila Aulia itu bakal disiarkan di kaca televisyen.