“Bukannya Bayar IVF RM300 Dapat Anak Esok” – Izzue Islam Elak Jumpa Orang Yang Suka Tanya Pasal Zuriat

Hiburan

“Bukannya Bayar IVF RM300 Dapat Anak Esok” – Izzue Islam Elak Jumpa Orang Yang Suka Tanya Pasal Zuriat

Pelakon dan pengacara, Izzue Islam merupakan antara selebriti yang sering diajukan pertanyaan tentang zuriat namun katanya, dia dan isteri, Awin gembira menjalani kehidupan bersama berdua.

 

Advertisement

Mungkin rezeki di syurga

Tambah Izzue, dia sudah lali dengan pertanyaan tersebut namun kini lebih memilih untuk mengelak daripada berjumpa dengan orang-orang yang gemar bertanya soalan tentang anak kepadanya.

Biasanya saya akan okay sahaja, cumanya saya dah pandai elak. Daripada pergi jumpa dengan orang macam ini, lebih baik saya elak terus. Kami enjoy je hidup berdua ni sebab benda inikan rezeki kalau Allah tak bagi tu mungkin rezeki kita nanti dekat syurga, Insyaa-Allah.

izzue islam

Meskipun tenang dan tidak melenting setiap kali ditanya tentang zuriat, Izzue bagaimanapun akui rasa kurang selesa dan berpendapat sesetengah individu sepatutnya simpan sahaja persoalan sebegitu bagi menjaga hati.

Kita tak tahu, mungkin ada orang niatnya bergurau. Atau mungkin dia memang betul-betul concern, dia nak sangat tengok kita ada baby kan. Tapi bagi saya soalan itu elok simpan sahaja sebab benda ini lain orang lain penerimaan dia dan kita tak tahu apa yang orang tu sedang lalui.

 

IVF bukannya murah

Dalam pada itu, Izzue menerusi temu bual bersama stesen radio Kool FM berkata ramai lagi pasangan suami isteri yang lalui apa yang dilaluinya dan isteri yang mahukan zuriat namun setiap orang prosesnya berbeza.

Macam saya, saya memang nak. Siapa yang tak nak anak? Kami pun nak ada anak nak ada waris, semua orang nak cuma benda ini rezeki dan kita tak tahu apa proses yang dilalui mereka. Kos rawatan bukannya murah, contoh buat IVF bukannya bayar RM300 boleh dapat anak esok. Ianya bukan sekali sahaja proses, kalau dapat sekali sahaja Alhamdulillah rezeki. Tapi walaupun sekali sahaja, kosnya bukan tiga empat ribu.

@kool101my “Mungkin rezeki kita nanti, dekat syurga nanti…” Kalau belum kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, takda anak…orang tanya bila nak ada anak. Bila ada anak, orang tanya bila nak tambah lagi satu. Mulut orang ni kan takkan berhenti bertanya. @Izzue Islam pun dah lali dengan soalan macam ni. Tapi kali ni Izzue pilih untuk elak kalau ada yang bertanya. Tapi betul lah kan, kalau ada rezeki ada lah. Siapa je yang tak nak anak kan? Catch up Close Up Pagi On Point bersama Izzue Islam di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #izzueislam #sukasamasuka ♬ original sound – Kool 101

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...