Selebriti dan usahawan Noor Neelofa sebelum ini berkata dia bersedia untuk berjumpa dengan rakan artis, Fazura dan mengakhiri ‘perang dingin’ yang berpanjangan bertahun lama.
Fazura juga turut memberi respon tentang hal tersebut menerusi hantaran di Instagram dan berkata ‘perang dingin’ ini adalah satu naratif yang tidak betul.
Dalam pada itu, Neelofa berkata niatnya untuk berlapang dada dan berjumpa dengan Fazura itu bukanlah apa tetapi agar masing-masing move forward dengan kehidupan mereka.
Bukan nak kata jadi BFF dan sebagainya, oh tidak. Tapi cukup sekadar kita membuka chapter baru dan moga dengan ini follower masing-masing, fans dan netizen ambil kebaikan dan meninggal segala benda yang tidak baik.
‘Perang dingin’ ni pun memang dari dulu jadi bualan hangat warganet di media sosial dan ada sahaja yang mengaitkan kenyataan dan sindiran Neelofa atau Fazura serta menganggap kononnya ia ditujukan kepada satu sama lain.
Tak tahulah apa agaknya progress cerita mereka tetapi harapnya kedua-dua selebriti jelita pujaan ramai ini berbaiklah hendaknya. Memang itu yang orang nanti-nantikan, betul tak?