Bukan Wuhan? China Dedah COVID-19 Mungkin Ada Di AS Sebelum Mereka

Dunia

Bukan Wuhan? China Dedah COVID-19 Mungkin Ada Di AS Sebelum Mereka

China sekali lagi menegaskan bahawa wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak tahun 2020 berpunca dari Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan ini dibuat sebagai respons terhadap dakwaan Presiden Amerika, Donald Trump, yang mengatakan bahawa penularan COVID-19 bermula akibat kebocoran dari sebuah makmal di China.

Advertisement
us china

gambar hiasan

Dalam Buku Putih yang diterbitkan oleh media rasmi China, Xinhua, negara itu menuduh Amerika sengaja mempolitikkan isu pandemik COVID-19.

China berkongsi maklumat yang relevan dengan WHO dan komuniti antarabangsa tepat pada masanya.

 

AS tidak seharusnya terus memekakkan telinga dan berdiam diri, tapi harus bertindak balas terhadap kebimbangan sah masyarakat antarabangsa.

 

Bukti besar menunjukkan COVID-19 mungkin muncul di AS lebih awal daripada garis masa yang dituntut secara rasmi, dan lebih awal daripada wabak di China.

covid19 vaccine

gambar hiasan

Pada 18 April, White House melancarkan laman web berkaitan Covid-19, di mana pentadbiran Trump turut mengambil kesempatan untuk mengkritik bekas Presiden Joe Biden, bekas Ketua Penasihat Perubatan AS Anthony Fauci, serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam laporan Januari menyatakan bahawa wabak tersebut berkemungkinan besar berpunca daripada sebuah makmal di Asia, berbanding dari sumber semula jadi, satu perubahan pendirian selepas bertahun-tahun menyatakan mereka tidak dapat membuat kesimpulan muktamad.

Namun begitu, CIA mengakui bahawa tahap keyakinan terhadap penilaian baharu itu adalah rendah, dan menegaskan bahawa kedua-dua kemungkinan iaitu asal makmal dan semula jadi, masih dianggap munasabah.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

2 days ago

"Kita Ada Banyak Bukti.." - Lelaki Ini Dakwa Vaksin Sebabkan HIV, Nak Saman KKM RM5 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...