Penganjur Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza telah menegaskan bahawa tidak akan ada tundaaan acara konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 9 Mac nanti.
Penundaan akan beri impak
Menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasasnya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, penundaan konsert akan beri memberi impak besar kepada banyak pihak dan akan ada komplikasi untuk subangan yang perlu disalurkan kepada mangsa di Palestin.
Penundaan konsert itu akan beri implikasi yang besar kepada banyak pihak, khususnya bahagian produksi serta pengurusan Perbadanan Stadium Nasional.
Apa yang kami gusarkan sekiranya penundaan konsert dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak dapat disalurkan dalam kadar segera.
View this post on Instagram
Bukan untuk keuntungan
Tambahan pula, kenyataan yang dikongsikan itu juga menjelaskan bahawa mereka telah diberitahu pengurusan stadium bahawa 9 Mac sahaja kekosongan yang ada untuk sepanjang 2024 ini. Selain itu, dirinya turut mengingatkan orang ramai bahwa konsert Siti ini bukanlah untuk keuntungan mereka sebaliknya bagi menyalurkan dana kepada yang memerlukan.
Izinkan kami untuk sekali lagi menjelaskan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan.
View this post on Instagram
Sebelum ini, konsert Siti Nurhaliza telah diminta untuk ditunda sebagai penghormatan bagi bulan Ramadan oleh Mufti Pulau Pinang.