Akhirnya boss besar TV3 iaitu Ahmad Izham Omar telah pun bersuara mengenai kontroversi yang melanda Uji Rashid. Untuk anda yang tidak tahu, sepatutnya ketika malam AJL27, Uji Rashid yang menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang, bukannya Aizat.
Secara umum, banyak pihak menyalahkan pihak penganjur AJL27 yang menggugurkan Uji Rashid di saat-saat akhir. Namun menurut Ahmad Izham Omar, keputusan tersebut telah dilakukan oleh pengurusan Yuna, bukannya TV3. Katanya kepada portal Murai:-
Semua persembahan di pentas AJL adalah idea dan konsep yang diketengahkan oleh penyanyi dan pencipta lagu sendiri. Memang pihak produksi AJL27 daripada awal mengetahui Yuna memilih Uji Rashid sebagai penggantinya dan produksi tiada masalah dengan pemilihan Yuna tersebut. Tetapi ketika sesi latihan dibuat bersama pemuzik beberapa hari sebelum berlangsungnya AJL 27, mereka yang berada bersama di situ merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan persembahan lagu Terukir Di Bintang. Sebab utama saya kurang jelas kerana perkara ini datangnya daripada pemuzik dan mereka lebih arif dengan apa yang mereka tahu. Setelah itu, produksi memanggil pihak pengurusan Yuna dan menjelaskan apa yang berlaku ketika sesi latihan. Demi kebaikan semua pihak, produksi mengusulkan pengurusan Yuna mendapatkan penyanyi gantian dan mereka telah memilih Aizat dan bukannya penganjur yang memilih Aizat dan menggugurkan Uji Rashid. Tidak wujud isu di mana ada pihak mengatakan penganjur yang telah membuat segala keputusan mengenai pertukaran penyanyi gantian Yuna. Semua keputusan dibuat setelah pihak produksi dan pengurusan Yuna berbincang terlebih dahulu
Persoalan yang timbul ialah bagaimana Uji Rashid boleh tidak tahu mengenai keputusan menggantikan dirinya lebih awal? Adakah terdapat miscommunication atau pihak-pihak tertentu dengan sengaja enggan memaklumkan keputusan tersebut? Apa pun perkara ini sudah berlalu dan tidak boleh diperbaiki lagi. Cuma harapnya di masa depan perkara yang sama tidak berulang lagi .
P.S: Video apa yang dilihat oleh ahli bomba