November 2nd, 2016

Dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Shamsul Baharin, pelakon Siti Elizad akui beliau teringin untuk menimang cahaya mata.

Namun, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan kerana beliau masih terikat dengan beberapa kontrak lakonan yang menghalang beliau untuk hamil.

Pada masa yang sama, Elizad meluahkan rasa syukur kerana suaminya cukup memahami kerjayanya dan tidak mendesak beliau mengenai perkara berkenaan.

Sejujurnya, saya memang sukakan kanak-kanak kerana gelagat dan keletah mereka boleh hilangkan stres. Anak buah saya pun ramai, sebab itulah teringin untuk bermain dengan zuriat sendiri.

Namun buat masa ini saya pendamkan dulu hasrat tersebut kerana terikat dengan kontrak lakonan yang menghalang saya untuk hamil. Alhamdulillah, suami pun tidak mendesak sebab dia dah ada dua anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Bagi mengelakkan saya terhamil tanpa sengaja, maka termeterai perjanjian hitam putih antara saya dan pihak produksi yang wajib dipatuhi sehinggalah tamat penggambaran kelak.

Kalau perjanjian sudah dibuat maka ia tidak boleh dilanggar. Walaubagaimanapun, jika ada rezeki dan ketentuan daripada Allah SWT tidak boleh kita jangka ataupun menghalangnya bukan?

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...