Bukan Tiada Tawaran, Saya Lebih Selektif – Fattah Amin Nafi Populariti Jatuh Selepas Kahwin

Hiburan

Bukan Tiada Tawaran, Saya Lebih Selektif – Fattah Amin Nafi Populariti Jatuh Selepas Kahwin

Fattah Amin, satu nama yang cukup gah dan menjadi kegilaan gadis-gadis. Daripada seorang aktor yang dikritik ‘kayu’ ketika berlakon, popularitinya melonjak naik membintangi beberapa drama serta filem. Siapa sahaja yang tidak jatuh cinta pada Fattah apabila dia membawakan watak lelaki romantis, memang ‘cair’ dibuatnya.

fattah amin

Advertisement

Namun, sejak kebelakangan ini Fattah dilihat seakan tidak begitu menyerlah lagi, jarang membintangi mana-mana drama. Adakah popularitinya sudah jatuh merundum sejak berkahwin?

Bagaimanapun, jelas Fattah dia memperlahankan lakonan drama selepas mendirikan rumah tangga bukan kerana tiada tawaran, tetapi dia kini dia lebih memilih naskah yang tertentu. Tidak mahu dilihat hanya mampu melakonkan watak dalam drama cinta sahaja.

fattah amin

Saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon ‘stereotype’. Rasanya, sudah cukup saya tampil dengan drama yang mengusik hati. Saya tahu penonton sukakan drama cinta yang membuai jiwa, tetapi sampai bila? Sebagai pelakon, saya mahukan karakter yang lebih menguji lakonan.

Bukan tiada tawaran, sebaliknya saya lebih selektif. Saya pastinya takkan melepaskan tawaran sekiranya watak dan kisah yang dipaparkan berbeza.

fattah amin

Saya tidak mahu mengambil watak sama. Mungkin saya hanya menerima tawaran satu drama setahun. Saya mahu membuktikan saya mampu membawa watak yang berlainan.

Fattah kini lebih memilih untuk beraksi di layar perak selepas filem KL Special Force, yang ditayangkan Mac tahun lalu, mendapat sambutan hangat.

fattah amin

Wajah saya mungkin jarang kelihatan di kaca televisyen, tetapi saya lebih memberikan tumpuan dalam dunia perfileman. Alhamdulillah, saya sudah menyelesaikan penggambaran tiga filem, Mat Kilau, Deleted dan Mimaland, tahun ini.

Insya-Allah, saya akan membintangi beberapa filem lagi, pada 2020. Jadi, istilah mengatakan saya sudah tenggelam tidak betul.

Nampaknya Fattah sudah semakin bijak mengatur perjalanan karier seninya. Semoga terus sukses.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...