Sebelum ini kecoh seketika apabila Janna ada memuat naik foto bersama kekasih hatinya, Dini Schatzmann dengan kapsyen tarikh 2 Februari 2021. Sehubungan dengan itu, ramai pula peminat yang tampil membuat spekulasi bahawa tarikh itu bakal menjadi tarikh bahagia buat pasangan untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Namun, teka teki itu akhirnya terjawab apabila tarikh itu sebenarnya merupakan hari keramat di mana pasangan dua sejoli ini akan ‘disatukan’ di kaca televisyen.
Ini berikutan pasangan pelakon ini bakal bergandingan bersama dalam sebuah telemovie berjudul #MarryMeSenorita menerusi slot Megadrama saluran Astro Ria.
Menurut Janna, drama tersebut bakal menjadi kayu pengukur sama ada mereka berdua benar-benar pasangan romantis tidak kira di dunia nyata atau pun dunia lakonan.
View this post on Instagram
“#MarryMeSenorita merupakan antara drama yang sangat susah untuk saya berlakon sebab heronya merupakan pasangan saya sendiri. Karakter dan personaliti dalam drama ini sangat berbeza dan memang berlawanan dengan karakter sebenar kami..”
Tambah Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Binti Muner ini lagi, rasa kekok dalam lakonan tiba-tiba sahaja muncul apabila dia dikehendaki untuk berlakon di samping kekasih dan ianya telah menjadi satu faktor di mana peminat drama tempatan di luar sana harus menonton drama tersebut apabila ianya ditayangkan nanti.
View this post on Instagram
Tambahan Dini yang tidak beberapa fasih berbahasa Melayu itu telah menjadi satu cabaran baru yang lebih berat untuk pelakon itu membawakan watak tersebut dalam memastikan dialog yang dituturkan lebih asli dan ‘real’.
Drama #MarryMeSenorita ini merupakan adaptasi daripada novel karya Suriyana yang secara ringkasnya menceritakan mengenai seorang jejaka kacukan Sepanyol yang ingin melamar wanita melayu bernama Sofiy Leia. Selain Janna dan Dini, drama ini turut dibintangi pelakon seperti Jalaludin Hassan, Yasmin Hani, Shaza Bae, Merqeen dan Daler Yusof.