Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bukan Tak Nak ‘Breastfeeding’ Anak Lepas Lahir, Tapi Tak ‘Sure’ – Elfira Loy

elfira loy

Tidak lama lagi pelakon Elfira Loy bakal bergelar ibu dan semestinya untuk menyambut kelahiran anak pertama, macam-macam persoalan akan bermain di fikiran.

elfira loy

Advertisement

Meminta pendapat pengikutnya di Instagram mengenai jenis botol susu yang patut dibawa ke hospital, ada pula pihak yang salah erti dengan pertanyaan Elfira itu. Kenapa tidak mahu berikan susu badan kepada bayi yang bakal lahir nanti?

Elfira menjelaskan dia tidak pun berniat untuk memberi susu formula sepenuhnya kepada anak yang bakal lahir nanti, cuma menyediakan keperluan bayi.

elfira loy susu bayi

elfira loy

Advertisement

Bukan saya tak nak breastfeeding baby terus lepas dia lahir tapi manalah tahu kotlah tak sure dia minum ke tak, ada ke tak susu, larat ke tak, ke tak panjang umur… Wallahualam. Janji El adalah sediakan. Cuma I don’t know which one is the best. Tapi ada jugak cakap nurse bagi guna sudulah, syringe lah.

Menjadi seorang ibu adalah anugerah yang terindah dan pastinya Elfira mahu menyusukan bayinya sepenuhnya. Botol susu hanya sebagai bantuan sekiranya ada susu badan yang berlebihan.

elfira loy

Of course I wanna fully breastfeed the baby just like any other mothers out there. Bottles are for backups. Pumping pulak kot lah nak duduk lama sikit pastu rasa macam eh banyak pulak susu. Guna pilah pump bagi rasa tak sakit pastu simpanlah dapat juga susu dari buang. Sat gi pak dia pun boleh rasa susukan anak dia.

Rasa teruja dan perasaan untuk menyambut cahaya mata pertama memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bakal bersalib pada Oktober ini, kami doakan agar segala urusan Elfira dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. Anonymous

    September 27, 2019 at 5:08 pm

    Dengan kata kata bakal bersalib oktober ni? Biar betol tulis bersalin pon jadi bersalib..

  2. Anonymous

    September 27, 2019 at 3:21 pm

    Kecoh la minah sorang nih…org lain 1st peknen gak, tak ler teruk bnor sampai kecoh satu Malaya nk tanya soalan yang mak sendiri boleh jawab.
    Haih….

  3. haihh

    September 27, 2019 at 3:11 pm

    sejak tunang dgn sipolan tu.., putus tunang ngan sipolan tu….pas tu tunang lg..pastu nikah kawen bagai..ngandung..ni nk beranak pulak..tak habis2 nk up status bagi tau satu dunia…dah la BN tak yah nk up stori dia ni..boring..

  4. Aida Musa

    September 27, 2019 at 2:18 pm

    Mengundang kecaman betul kau ni el .. tanya buat apa dekat netizen ni? Baik tanya doctor tak pun tanya je mak atau mak mertua kau or kawan-kawan kau yang lain pun dah ramai beranak pinak .. haii kau ni pun

  5. Aida Musa

    September 27, 2019 at 2:16 pm

    Yang kuning tu bukan colostrum ke?

Loading...
To Top