Pelakon Siti Saleha tampil mengakui bahawa salah satu sebab dia banyak menolak tawaran berlakon drama pada ketika ini adalah kerana tidak mahu pulang ke rumah ketika lewat malam.
Pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum,30, ini berkata lagi bahawa tidak mudah baginya bekerja sebagai pelakon kerana kadang kala dia terpaksa bekerja lebih daripada 12 jam setiap hari.
Dalam pada itu, Siti Saleha menjelaskan bahawa syarat tersebut bukanlah daripada permintaan suaminya tetapi dari dirinya sendiri.
“Penat.. jadi pelakon ini bukan mudah dan ia sememangnya sukar. Kadang-kadang kena kerja lebih 12 jam sehingga menyebabkan kita rasa penat. Tengok di TV macam senang tapi kena kerja keras. Saya memang tak ambil tawaran drama yang terlalu banyak episod sebab penat dan saya tak suka balik lewat. Bukan sebab suami tapi saya sendiri tahu benda ini. Saya tahu saya taknak balik lewat dan saya pun akan hadkan untuk ambil drama berkisahkan cinta,”
Dia yang ditemui media ketika ‘Party 7 Hari Mencintaiku 2’ bertempat di The Linc baru -baru ini turut terkejut mengenai pengumuman mengenai sambungan drama yang mencetuskan fenomena itu bakal disambung ke musim ke-3.
Namun begitu, Siti Saleha menjelaskan bahawa dia belum lagi membuat apa-apa keputusan berhubung dengan tawaran sambungan drama tersebut, sama ada akan terus kekal menjadi watak utama ataupun sebaliknya.
Sumber: mStar Online