Bukan Suami Sahaja, Ada Juga Isteri Jadi “Cheating Wife” Untuk Berskandal Di Office

Trending

Bukan Suami Sahaja, Ada Juga Isteri Jadi “Cheating Wife” Untuk Berskandal Di Office


*Gambar hiasan sahaja | Google Images*

Selalu saja kita mendengar kes suami tergamak menipu isteri agar dia dapat berskandal dengan rakan sepejabat. Tetapi di sebalik kes tersebut, dalam masa yang sama sebenarnya isteri juga menipu suami mereka.

Advertisement

Ini kerana kebanyakan skandal sepejabat ini melibatkan suami dan isteri orang. Tetapi sudah pasti lelaki yang akan dipersalahkan dulu atas alasan lelaki yang memulakannya.

Rakan saya mengadu yang isterinya kerap balik lewat dari pejabat atas alasan kerja lebih masa dan tak boleh buat di rumah. Selepas itu, kantoi skandal dengan suami orang.

Nauzubillahiminzaalik.

Jalan penyelesaian yang terakhir adalah perceraian kerana cinta terlarang itu sudah tidak dapat dibendung lagi.

Ingatlah, syaitan selalu mencari jalan untuk memisahkan pasangan suami isteri dengan menyuntik pelbagai fitnah. Ingatlah, Islam meletakkan syarat yang ketat untuk wanita yang ingin keluar bekerja.

Pesan guru kami..

“Wanita yang berjubah, syaitan pun datang dalam bentuk jubah. Wanita berniqab, syaitan akan datang dalam bentuk berniqab.”

Ini menunjukkan kepada kita walau sealim atau sewarak mana sekalipun, kita pasti tidak terlepas dari gangguan syaitan yang datang mengikut kelas masing-masing.

Kepada para suami atau isteri diluar sana, ingatlah nawaitu asal mencari nafkah untuk suami/isteri dan anak dirumah.

Jangan khianati kepercayaan mereka. Seandainya ada dikalangan pembaca kami yang berperangai macam ni tak kisah suami atau isteri, cepatlah berubah. Kelak binasa rumah tangga.

Kredit : Diey Hasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...