Pelakon dan kini penyanyi, Diana Danielle tampil menafikan lagu terbaharunya berjudul Bersama Dengan Rindu ditujukan buat bekas suami, Farid Kamil.
Jelas Diana, lagu itu telah dirakam sejak awal tahun lalu namun ia baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu.
Tidak, bukan cara saya untuk guna hal peribadi untuk hal seperti ini. Lagu tersebut dirakam pada awal tahun lepas. Namun, disebabkan beberapa hal, ia dilancarkan pada tahun ini kerana sudah lama disimpan.
Klip video untuk lagu berkenaan juga disiapkan pada Januari tahun ini. Jadi, dia tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku sekarang.
Ujarnya lagi, dia juga bakal muncul dengan lagu-lagu lain pada masa akan datang dan tidak bermaksud mengambil kesempatan di atas isu yang terjadi.
Saya bakal muncul dengan lagu-lagu lain pada masa akan datang. Saya bukan mahu ambil kesempatan, tetapi saya kena teruskan kerjaya.
Diana berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor setelah diceraikan talak satu oleh Farid Kamil secara atas talian, semalam.
Dalam pada itu, Diana menganggap perkahwinannya bersama Farid selama 11 tahun memberi terlalu banyak makna dalam kehidupan.
Saya bersyukur sebab banyak benda yang baik saya belajar. Saya belajar jadi matang, jadi seorang ibu dan juga isteri. Tak semestinya pengakhiran saya ambil negatif sahaja.
Ibu kepada dua orang anak itu juga berharap dia dan bekas suami dapat memulakan hidup baharu yang lebih baik selepas perceraian mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.