Bukan Soal Duit Tetapi Tanggungjawab – Noor Nabila

Hiburan

Bukan Soal Duit Tetapi Tanggungjawab – Noor Nabila

Konflik rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila cukup hangat diperkatakan.

sharnaaz ahmad noor nabila cerai

Advertisement

Tuntutan cerai dilakukan oleh Nabila dengan mengemukakan beberapa alasan untuk berpisah dari tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan dan turut menyatakan Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan.

Rata-rata netizen mengatakan nafkah itu sememangnya tidak mencukupi dengan gaya hidup Nabila yang serba mewah.

sharnaaz ahmad nafkah rm500sharnaaz ahmad nafkah rm500sharnaaz ahmad nafkah rm500noor nabila alasan nafkah rm500 tidak cukupTerbaru, menerusi akaun Instagramnya, Nabila memuat naik kenyataan ianya bukanlah soal duit tetapi lebih kepada tanggungjawab. Netizen mempercayai kata-kata itu merujuk kepada isu nafkah RM500 tersebut.

sharnaaz ahmad noor nabila ceraisharnaaz ahmad noor nabila cerai

Terdahulu, Sharnaaz menolak permohonan tuntutan cerai yang difailkan oleh Nabila kerana ingin cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Nabila memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...