“Bukan Setakat Handsome Tapi Helok, Saya Tak Boleh Bercakap..” – Staf Pak Mat Western Kongsi Kisah Buat ‘Live’ Bersama Fattah Amin

Hiburan

“Bukan Setakat Handsome Tapi Helok, Saya Tak Boleh Bercakap..” – Staf Pak Mat Western Kongsi Kisah Buat ‘Live’ Bersama Fattah Amin

Melalui platform TikTok, tular keratan video live staf jenama kambing terkenal, Pak Mat Western yang dikenali sebagai Una berkongsikan pengalamannya melakukan live TikTok bersama pelakon, Fattah Amin, baru-baru ini.

Renungan tajam Fattah Amin

Menurut Una, renungan mata Fattah membuatkan dirinya sukar untuk bercakap secara berdepan dengan pelakon kacak itu.

Advertisement

(Fattah) bukan setakat ‘handsome’ tapi helok. Bila dia bagi renungan mata dia macam itu, kita jadi macam, ‘Ehh tak bolehlah’.

Sewaktu ditanya oleh netizen sama ada dirinya ‘cair’ membuat live bersama Fattah, Una memaklumkan dia bersikap profesional memandangkan sedang bekerja.

@ayuuariffin84 Berdegup jantung ku,bila fattah melihat ku 🎶💃💃 😍 #fyp #Una #fattahamin #pakmatwestern #artist #viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Ayuu84

Netizen terhibur dengan Una

Bagaimanapun, hal yang mencuri perhatian apabila gadis terbabit menyanyi dan menukar bait lirik lagi Ah! Rindu Lagi nyanyian asal penyanyi dangdut, Amelina.

Tak adalah cair, biasa ja perasaan itu. Berdegup jantungku, bila Fattah melihatku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Una dan ada juga yang berseloroh mendoakan agar mereka bertemu jodoh.

komen
komen

Wanna ali mesej whatsapp mesra dengan fattah amin
3 hours ago

Tular Perbualan WhatsApp 'Mesra' Dengan Fattah Amin, Ini Respon Wanna Ali - "Kita Jumpa Kat Padang Mahsyar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...