Umum mengetahui kepentingan pola pemakanan yang disediakan pihak kantin sekolah buat para pelajar.
Makanan yang sihat, melahirkan pelajar yang cerdas. Seperti satu hantaran yang tular ini, pengurusan kantin sebuah sekolah telah menuai banyak pujian warga maya dek kerana menu-menu makanan yang disediakan untuk pelajar dan guru.
Kantin sekolah ala-ala ‘kafe’
Terlihat menyelerakan dan mempunyai varian yang banyak, menu yang disediakan pihak kantin sekolah tersebut agak ‘berbeza’, seakan-akan di kafe.
WOW! Not bad makanan kantin sekolah ni!
Siap ada serve air buah lagi…
Zaman sekolah dulu kantin punya food dah macam makanan penjara 😆 pic.twitter.com/gbvJVgofr1
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) January 10, 2024
Antara menu yang dapat dilihat adalah seperti nasi tomato, goreng-gorengan, air buah dan juga menu ‘western’.
Mesra poket dan murah!
Malah, difahamkan menu tersebut juga mesra poket dan dapat dibeli pelajar dan guru kerana harganya yang berpatutan sekitar RM3 hingga RM4.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji ‘effort’ pihak kantin malah ada juga yang terasa ingin pergi ke kantin sekolah tersebut untuk membeli makanan tengah hari dan sebagainya.
Zaman dulu, menu air sirap atau kordial dijual sekitar RM0.20 hingga RM0.50 segelas!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.