Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan selebriti yang paling manis dan cukup mesra bersama. Mereka juga rajin memuat naik setiap momen indah bersama di media sosial. Pelbagai pujian yang diterima oleh mereka termasuklah dipuji sebagai pasangan ideal.
Namun, bukan semua orang suka melihat kemesraan yang ditampilkan oleh mereka. Ada juga pihak yang mungkin cemburu dan ‘sakit mata’ dengan kebahagiaan Aeril dan Wawa.
Menjelaskan perkara tersebut, Aeril memberitahu tindakan beliau yang agak kerap memaparkan kemesraannya dan isteri bukanlah berniat untuk menayang kebahagiaan mereka tetapi sekadar mahu berkongsi kenangan indah sahaja.
Saya tiada niat pun nak tunjuk kemesraan kepada umum. Ia adalah untuk simpan memori kami dan anak-anak sahaja. Kalau simpan di telefon terlalu banyak jadi kongsi sahaja di Instagram sebagai kenangan.
Berbicara mengenai gangguan serta kritikan netizen pula, Aeril berkata beliau tidak pernah menganggap perkara itu sesuatu yang serius dan tidak melayan komen-komen yang sengaja ingin mencetuskan provokasi.
Biarlah Aeril dan Wawa hendak berkongsi rasa bahagia dan kenangan indah bersama, tiada apa yang salah pun. Biasalah, memang ada orang yang cemburu melihat orang lain senang dan hidup penuh kasih sayang, tetapi jangan terlalu hiraukan perkara itu. Semoga pasangan ini kekal bahagia begini sehingga ke syurga.