Memang ramai yang tidak sabar untuk mengetahui kesahihan khabar angin kehamilan pelakon comel, Nora Danish. Khabar angin ini mula bertiup selepas Nora Danish berkongsi gambarnya di majlis pernikahan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella yang menampakkan dirinya sedikit berisi dan seolah-olah ada “baby bump” di bahagian perutnya. Ada netizen yang terlebih teruja sehingga mengucapkan tahniah walaupun tiada sebarang pengesahan daripada Nora Danish.
Buat masa ini, empunya badan masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan rasmi tentang khabar angin kehamilannya. Itu satu perkara biasa, lebih-lebih lagi jika ia masih di peringkat awal. Jadi diharap para peminat Nora Danish dapat bersabar. Insya Allah tak lama lagi Nora Danish akan berkongsi berita gembira itu. Kata Nora Danish:-
Bukan niat saya mahu mengelak atau sengaja mengunci mulut. Saya lebih selesa untuk tidak terburu-buru. Saya bukan lari atau mengelak, sebaliknya belum bersedia untuk mengulas. Saya akan berkongsi perkara ini kepada umum, tidak lama lagi
Sama-sama kita doakan agar Nora Danish dan Nedim Nazri dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Insya Allah. Sumber Berita Harian.