Bukan Senang Nak Istiqamah, Kalau Nak Berubah Itu Antara Saya Dengan Tuhan – Uqasha Senrose

Hiburan

Bukan Senang Nak Istiqamah, Kalau Nak Berubah Itu Antara Saya Dengan Tuhan – Uqasha Senrose

Membuat keputusan untuk membuka tudungnya beberapa tahun lalu, pastinya Uqasha Senrose sering menjadi perhatian ramai dan menerima pelbagai kecaman serta kritikan.

Advertisement

Berpakaian agak seksi ketika bercuti di Thailand baru-baru ini dan menampakkan tubuh badannya yang dikatakan semakin mengancam, ramai juga bertanya tidakkah Uqasha pernah terdetik untuk kembali berhijab. Namun, menurut Uqasha bukan mudah untuk berubah dan terus beristiqamah.

Saya buat tak tahu sahaja apa yang mereka nak cakap dan kecam kerana saya tahu saya masih lagi dalam landasan. Kalau nak berubah itu antara saya dengan tuhan kerana bagi saya nak berubah itu bukannya sesuatu yang mudah.

Saya pernah berubah suatu ketika dulu dan bukan mudah untuk terus istiqamah, nak buat benda itu biarlah berpanjangan. Kalau kita buat benda baik ke buruk ke orang tetap nampak dan katakan jadi bagi saya lebih baik biarkan saja.

Sebelum kita mengkritk cara orang lain berpakaian, kita cermin dahulu diri, adakah kita juga sudah cukup sempurna? Lebih baik doakan sahaja agar satu hari nanti Uqasha akan benar-benar berubah kembali menutup auratnya.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...