“Bukan Senang Nak Berpakat..” – Netizen Puji Usaha Penduduk PPR Sungai Bonus Hias Setiap Tingkat

Kehidupan

“Bukan Senang Nak Berpakat..” – Netizen Puji Usaha Penduduk PPR Sungai Bonus Hias Setiap Tingkat

Bagi penduduk yang tinggal di kediaman bertingkat seperti flat, kondominium atau apartment, menjaga kebersihan kawasan perumahan adalah satu tanggungjawab bersama.

Apabila wujud semangat kerjasama dan keharmonian antara jiran tetangga, ia bukan sahaja mewujudkan persekitaran yang bersih, malah turut mencipta suasana yang selesa dan damai.

Advertisement

ppr sungai bonus

Inilah semangat yang ditunjukkan oleh komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Kuala Lumpur, selepas video dekorasi kreatif hasil usaha mereka menjadi tular baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, seorang individu telah menemu ramah seorang penduduk di situ.

Penduduk tersebut memberitahu setiap tingkat perumahan tersebut dihiasi dengan tema yang berbeza dan antara tema yang menarik ada di tingkat enam, tujuh dan sembilan.

Dia turut menunjukkan salah satu tingkat yang tidak ubah seperti berada di galeri seni kerana dihiasi dengan pelbagai lukisan yang digantung di dinding.

Difahamkan, kos dekorasi ini telah dibincang lebih awal untuk mendapatkan persetujuan orang ramai.

ppr sungai bonus

Penduduk juga sama-sama berkongsi duit untuk menghasilkan dekorasi mengikut kreativiti mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha penduduk disitu dan berharap agar penduduk di kawasan lain dapat mencontohi usaha penduduk di PPR Sungai Bonus.

komen tiktok komen tiktok komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

2 weeks ago

Basikal Budak Dicampak Dari Tingkat 12 PPR, Wanita Menderita 5 Jahitan Akibat Kecederaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...