Poligami. Kahwin dua. Kahwin tiga. Kahwin empat. Bila dengar memang nampak best terutamanya jika anda seorang lelaki. Namun ia bukanlah seindah yang dijangka. Kalau isteri seorang, tanggungjawab satu je. Bertambah bilangan isteri, maka makin bertambahlah tanggungjawab. Perkara yang paling kerapa dilupakan apabila berpoligami ialah berlaku adil terhadap setiap isteri. Itu bukanlah satu perkara yang mudah. Abang Nara terharu apabila membaca kata-kata Bade yang merupakan suami kepada Erma Fatima dan Aida.
Untuk makluman, Bade telah pun dikurniakan seorang anak hasil perkahwinannya dengan Aida. Bersama Erma Fatima, Bade telah mengambil 5 orang anak angkat. Hubungan Erma dan Aida juga kelihatan semakin baik apabila mereka telah berkongsi gambar menyambut hari raya bersama-sama tahun lalu. Menariknya, Bade memaklumkan yang dia selaku suami tidak pernah memaksa untuk kedua-dua isterinya itu berbaik. Kata Bade:-
Bukan senang ada dua keluarga. Selain soal tanggungjawab, saya harus pastikan yang saya berlaku adil dan juga menjaga hati serta perasaan kedua isteri bersama keluarga.
Alhamdulillah, semuanya semakin baik. Saya tidak paksa mereka berbaik sebaliknya, saya memberi mereka masa dalam dua sehingga tiga tahun ini untuk betul-betul mengenali dan tidak kisah jika ia macam adik-beradik madu.
Anak-anak pun okay. Lebih-lebih lagi sekarang mereka ada adik baru. Sejak Aida mengandung lagi, mereka teruja apabila mendapat adik baru tetapi saya kena jaga perasaan mereka dengan tidak lebihkan sesiapa apatah lagi kasih sayang saya pada anak-anak sama rata.
Fuh~~ Terharu sungguh dengan nilai tanggungjawab yang amat tinggi milik Bade Azmi ini. Memang wajar menjadi contoh kepada para suami di luar sana yang bercita-cita mahu berpoligami. Janganlah hanya kahwin kerana keseronokan dan melupakan tanggungjawab yang wajib dilakukan. Tahniah kepada Bade kerana cuba menjadi seorang suami dan bapa mithali. Respek!!!