Bukan Semua Orang Tayang Bahagia Di Instagram Tiba-Tiba Bercerai – Ramona Zamzam

Hiburan

Bukan Semua Orang Tayang Bahagia Di Instagram Tiba-Tiba Bercerai – Ramona Zamzam

Kata orang, bahagia itu untuk dirasa dan bukannya untuk dipamer di media sosial. Pasangan yang benar-benar bahagia tidak perlu menunjuk ataupun membuktikan mereka bahagia pada orang lain. Persepsi masyarakat kita, untuk apa hanya tayang  bahagia di Instagram tetapi realiti sebenar menderita, tup-tup dengar pula cerita sudah bercerai. Lebih-lebih lagi kalau ada isu artis yang nampak bahagia tiba-tiba berpisah.

ramona zamzam

Advertisement

Memberikan pendapatnya mengenai isu tersebut, pelakon Ramona Zamzam berkata bukan semuanya begitu. Ada yang hanya ingin berkongsi momen istimewa mereka.

Saya sangat tidak gembira dengan kenyataan tersebut kerana ia tidak benar. Bagaimana pula sekiranya seseorang benar-benar gembira dan hanya kongsikan momen istimewa? Adakah anda mahu seseorang yang bahagia itu tunjukkan sisi sedih semata-mata kerana tanggapan tersebut? Kenapa mahu buat begitu kerana kami memang tiada masalah.

ramona zamzam tayang bahagia

Saya faham dan tidak salahkan masyarakat kerana terlalu banyak kes melibatkan selebriti begitu. Bahagia di Instagran dan tiba-tiba bercerai. Namun, saya mahu semua tahu, bukan semua begitu. Saya sendiri cukup bahagia dengan perkahwinan dan dikurniakan suami yang cukup sempurna.

Masalah kecil memang biasa berlaku, namun tidaklah sehingga dipukul. Saya sangat menghargai setiap momen istimewa dengan keluarga dan sebab itu saya kongsikan di Instagram.

ramona zamzam tayang bahagia media sosial

Ramona akui dia dan suami jahil dalam hal agama tetapi tidak pernah abaikan tanggungjawab dalam rumah tangga.

Sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang untuk berkongsi segalanya di media sosial dan pada kebiasaannya hanya untuk berkongsi kegembiraan bersama insan tersayang. Tidak adil sebenarnya untuk kita terus dengan persepsi bahawa sesiapa sahaja tayang bahagia sebenarnya dalam kesedihan dan akan bercerai, ya mungkin ada segelintir yang begitu tetapi apa salahnya untuk kita doakan yang baik-baik sahaja. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...