Kadang-kadang bila pakai smartwatch ni kan, teringin juga rasa nak flex dengan gaya yang berbeza. Yelah, bosan pula kalau pergi event berlainan, jam yang diguna satu gaya je, bateri pula tak tahan lama.
Tapi kami boleh cakap yang HUAWEI WATCH GT4 ni betul-betul game changer dalam industri jam tangan pintar. Anda bukan hanya dapat memaksimakan penggunaannya untuk aktiviti harian malah boleh meningkatkan gaya juga tau.
Satu jam tangan pintar untuk semua majlis
Jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT4 terdiri daripada dua variasi iaitu 46mm dan 41mm.
HUAWEI WATCH GT 4 46mm menggunakan aplikasi geometri estetika tersendiri dengan rekaan Dail Octagonal. Ia diinspirasikan daripada ketepatan potongan berlian yang dinamik dan cemerlang dengan reka bentuk bayang aerodinamik yang terdapat pada kereta berprestasi.
HUAWEI WATCH GT 4 41mm tampil mempesonakan dengan reka bentuk “Loket” elegan yang bergaya, meningkatkan lagi tahap sofistikated penggunanya. Dengan rekaan estetik yang langsing dan elegan, ia mengharmonikan gaya peribadi anda.
HUAWEI WATCH GT4 46mm didatangkan dalam 4 warna berbeza: Tali Tenunan Hijau, Tali Kulit Coklat, Tali Keluli Tahan Karat dan Tali Fluoroelastomer Hitam. Manakala HUAWEI WATCH GT4 41mm didatangkan dalam 3 tali iaitu Kulit Putih, Tali Keluli Tahan Karat dan Tali Fluoroelastomer Hitam.
Kesemua 7 warna ni boleh dpadan dengan pakaian yang berbeza, sesuai sangat untuk majlis yang berbeza.
Pengurusan kesihatan Pro
HUAWEI WATCH GT 4 Mempertingkatkan Pemantauan Kesihatan dengan TruSeen 5.5+ dan TruSleep 3.0, ia berfungsi untuk memantau kesihatan pengguna sepanjang hari untuk mengesan kadar denyutan jantung , SpO2, tidur dan tekanan dengan tepat.
Selain tu, pengguna HUAWEI Watch GT 4 boleh dapat menggunkan lebih 200 kursus kesihatan percuma, pengguna cuma perlu memilih kategori latihan yang diinginkan dan kelas kecergasan yang berkualiti tersedia di aplikasi HUAWEI Health.
Light Up Your Rings Dengan Activity Rings- Galak Rakyat Malaysia Lebih Cergas
Rasa tak bermotivasi nak bergerak aktif? HUAWEI Malaysia ada aktiviti best khusus untuk menggalakkan lebih ramai pengguna HUAWEI Watch Malaysia menjadi lebih cergas dan sihat.
Melalui aktiviti “Light Up Your Rings” yang bermula dari 16 Oktober – 12 November 2023. Pengguna/peserta boleh dapat hadiah misteri di HUAWEI Experience Stores hanya dengan menunjukkan kemajuan penyertaan mereka melalui Aplikasi Kesihatan HUAWEI.
Maklumat lanjut, pengguna boleh klik Aplikasi Kesihatan HUAWEI.
Perhatian khusus kepada kesihatan wanita– Inilah sebab utama wanita kena ada jam ini kerana ia membantu menjejaki kitaran haid dan anggaran waktu kesuburan dengan menganalisis penunjuk fisiologi seperti kadar denyutan jantung semasa tidur, suhu kulit untuk meramalkan haid secara pintar.
Hayat bateri panjang sehingga 14 hari
Bila menggunakan jam tangan pintar, kita mestilah nak bateri yang tahan lama kan? HUAWEI WATCH GT 4 46mm boleh bertahan sehingga 14 hari dan HUAWEI WATCH GT 4 41mm mampu bertahan sehingga 7 hari.
Bateri yang panjang membolehkan anda untuk kekal aktif dan meneruskan gaya hidup sihat tanpa perlu mengecas setiap masa.
Jawab panggilan dan mesej dengan pantas
Tunggu panggilan penting tapi pada masa yang sama nak bersenam. Macam mana nak fokus? Tak perlu risau dengan HUAWEI WATCH GT 4 anda boleh jawab panggilan seperti WhatsApp, Messenger, Telegram, Instagram, WeChat dan Skype dari pergelangan tangan je.
Anda juga boleh terima dan balas mesej dengan pantas melalui SMS, WhatsApp, Instagram, FB Messenger, Telegram, Talian, Instagram dan Skype.
Android dan iOS dua-dua pun boleh!
HUAWEI WATCH GT 4 serasi dengan Android dan iOS, tak perlu risau nak kena beli phone baru kalau anda nak memiliki jam tangan pintar ini.
Pra Pesan HUAWEI WATCH GT4 Hari Ini
HUAWEI WATCH GT4 tersedia untuk pra pesanan bermula 5-13 Oktober 2023. Tempah sekarang dan anda boleh menikmati hadiah PERCUMA bernilai sehingga RM580 di Laman Web Rasmi HUAWEI, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan HUAWEI Official Store di Shopee.