March 18th, 2019

Pelakon Rozita Che Wan dikenali sebagai selebriti yang sering tampil dengan pelbagai fesyen yang unik, kata orang, kalau Che Ta pakai apa pun, mesti akan nampak anggun dan cantik.

Namun, sejak kebelakangan ini Che Ta nampaknya lebih selesa mengenakan pakaian seperti jubah dan baju kurung yang agak longgar.

Menurut Che Ta, beliau kini dalam usaha untuk menutup aurat dengan sempurna, bukan hanya sekadar memakai tudung, beliau juga mahu berfesyen ke arah patuh syariah seperti yang dituntut dalam Islam. Che Ta akui beliau suda mula rasa malu untuk memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuhnya.

Semenjak awal tahun ini sebenarnya saya sudah mula mengubah kepada fesyen yang lebih patuh syariah dalam usaha menutup aurat dengan sempurna dengan mengenakan pakaian yang longgar. Saya tidak mahu sekadar ‘balut’ aurat tapi sebenarnya tidak sempurna malah dosanya sama sahaja dengan tidak menutup aurat.

Alhamdulillah perlahan-lahan saya cuba ubah ke arah lebih baik dan paling penting istiqamah dalam melakukan sesuatu.

Memang bukan mudah untuk melakukan perubahan tetapi jangan mudah putus asa. Perasaan ikhlas untuk berubah ke arah lebih baik akan hadir dengan sendiri dan kami doakan Che Ta teus istiqamah.

Sumber Berita : mStar Online


26 responses to “Bukan Sekadar ‘Balut’ Aurat Tapi Che Ta Mahu Berfesyen Dengan Gaya Patuh Syariah”

  1. naza says:

    Kompom ade la jubah / baju kurung nk raye ni la wehhh.. tlg jgn terpedaya

  2. Anonymous says:

    kesian pada segelintir masyarakat melayu kita..orang dah ada niat tu aminkan dan doakan jela..xboleh ke hati tu tenang2 je..jangan perhatikan sangat orang lain sampai xde masa nak audit diri sendiri..bak kata Dr. Muhaya, jika kita nampak keburukan pada orang, boleh jadi itu cerminan diri kita..jadi mulakan dengan diri kita, muhasabah diri dan betulkan persepsi..

  3. Anonymous says:

    Sembang babi leh terbang

  4. Anonymous says:

    Sembang babi leh terbang….

  5. aku perati je dulu says:

    bagus la tu..sesuai la dgn umo..tapi jgn sekadar bab pakaian je jaga,bab gaji org pun jgn lupa…

    pape hal pun harap ni bkn strategi nek ta utk perkenalkan koleksi jubah terbaru utk raya nanti

Loading...