Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal menegaskan tujuan dia berkongsi termakan daging khinzir ketika bercuti di China, baru-baru ini adalah bertujuan sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Kongsi video termakan daging khinzir sebagai peringatan
Kata Syasya melalui Instagram Story, dia tidak pergi tempat sebarangan tanpa memeriksa logo halal atau tidak.
Saya kongsikan video itu sebagai peringatan… untuk diri sendiri dan mungkin untuk orang di luar sana yang masih belajar macam saya. Makanan bufet yang saya pergi itu ada label halal.
Nafi berasa bangga dan saja tayang makan daging khinzir
Dalam pada itu, Syasya turut menjawab dakwaan bahawa dirinya terus makan makanan yang tidak halal biarpun sudah mengetahui.
Waktu tu, dalam mulut saya tengah kunyah benda lain bukan pun yang ada unsur haram tu. Sebab itu saya tanya… sebab saya benar-benar tak tahu.
View this post on Instagram
Malah turut menegaskan bahawa pengalaman tersebut merupakan kali pertama berlaku dalam hidupnya dan sama sekali tidak berniat berasa bangga termakan daging haram itu.