“Bukan Sebab Saya Artis, Saya Dapat Layanan Pantas Di Pejabat Tanah” – Amar Baharin

Hiburan

“Bukan Sebab Saya Artis, Saya Dapat Layanan Pantas Di Pejabat Tanah” – Amar Baharin

Sebelum ini, pelakon Amar Baharin mendedahkan dirinya berdepan isu pertindihan pemilikan tanah milik ibu, Norhayati sejak berbelas tahun yang lalu.

Amar dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian, Selangor dan menemui titik penyelesaian sewajarnya di mana ibunya bakal menerima tanah ganti di kawasan yang sama iaitu di Semenyih.

Advertisement

Jelas Amar lagi, dia dan keluarganya tidak boleh menghebahkan perkara itu secara terperinci kerana telah menandatangani satu surat perjanjian.

Sebab itu saya ambil pendekatan berdiam diri, tetapi pihak pejabat tanah telah mengambil tindakan sewajarnya.

Dia juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan statusnya sebagai seorang selebriti membuatkan isu yang dihadapinya itu dapat diselesaikan dengan cepat.

Saya tidak rasa sebab saya artis, saya mendapat layanan yang cepat. Walhal masalah tanah dihadapi ibu saya sudah berlarutan selama berbelas tahun.

Bagi saya itu bukan isunya. Tindakan mungkin lambat kerana mereka tidak pergi ke saluran yang betul untuk selesaikan masalah. Kalau ikut langkah demi langkah dan salurannya masalah boleh diselesaikan.

Terdahulu, Amar memaklumkan tanah yang disangka milik keluarganya telah dibina sebuah rumah oleh individu yang lain.

Berikutan itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Datuk Dr. Yusri berkata, semua pemilik tanah di kawasan berkenaan telah dipanggil untuk duduk berbincang dan difahamkan isu pertindihan tersebut terjadi gara-gara isu teknikal membabitkan rekod yang dilakukan secara manual sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Along cham mengaku tak bersalah miliki ganja
1 month ago

"Tolonglah, Saya Merayu, Saya Ada Anak" - Along Cham Berdepan Penjara Seumur Hidup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...