“Bukan Sebab Penyondol, Tapi..” – Linda Hashim Dan Beego Akui Bercerai Tetapi Rujuk Semula

Hiburan

“Bukan Sebab Penyondol, Tapi..” – Linda Hashim Dan Beego Akui Bercerai Tetapi Rujuk Semula

Memetik Harian Metro, pelakon Linda Hashim dan suami, pelakon Beego mengesahkan mereka telah bercerai pada 27 Mac lalu namun merujuk kembali ketika tempoh edah pada 9 April lalu.

Linda yang dihubungi media memaklumkan bahawa perceraian itu berlaku disebabkan tiada persefahaman selain kurang berkomunikasi.

Advertisement

Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga). Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagaimana yang dihadapi pasangan lain.

Katanya lagi, masalah itu mungkin berlaku kerana masing-masing lebih gemar menyimpan sesuatu masalah dalam hati dan tidak berbincang mahupun berkomunikasi.

Sementara itu, Beego yang turut hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bersama isteri bagi tujuan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak berkata apa yang berlaku dalam rumah tangga adalah asam garam bagi setiap pasangan yang berkahwin.

Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga ini semula demi perasaan kami dan anak-anak.

Terdahulu, Linda dan Beego telah mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa,9, Anggun Cassandra,8 dan Indah Camelia,4.

pasangan selebriti bercerai
2 years ago

Pelakon Wanita Hadir Ke Mahkamah Syariah, Lagi Pasangan Selebriti Bakal Bercerai?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...