“Bukan Sebab Nak Kurus, Tapi Nak Sihat” – Syanie Dedah Derita Hidap ‘Sleep Apnea’, Jalani Pembedahan ‘Gastric Bypass’ Demi Kesihatan

Hiburan

“Bukan Sebab Nak Kurus, Tapi Nak Sihat” – Syanie Dedah Derita Hidap ‘Sleep Apnea’, Jalani Pembedahan ‘Gastric Bypass’ Demi Kesihatan

Pelakon dan pelawak, Syanie mendedahkan dirinya pernah menjalani pembedahan pintas usus (gastric bypass) pada tahun 2009 bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Syanie atau nama lengkapnya Syaniza Hisham menjelaskan pada awalnya dia berasa ragu-ragu untuk meneruskan pembedahan memandangkan prosedur itu masih baru dalam dunia perubatan.

Advertisement

syanie

Namun, dia tetap meneruskan niatnya selepas mendapat nasihat daripada arwah neneknya.

Pada mulanya, saya macam ragu-ragu nak buat atau tidak sebab pembedahan tu masih baru lagi dalam dunia perubatan waktu itu. Sampailah saya duduk bersembang dengan ibu dan arwah nenek. Arwah nenek tanya kenapa saya nak bedah.

 

Saya cakaplah saya nak buat pembedahan sebab taknak sakit, itu saja. Nenek yang yakinkan saya untuk buat. Saya pergi semula jumpa dengan doktor untuk buat pembedahan.

Berkongsi lanjut, pelakon itu memaklumkan dia memilih untuk melakukan pembedahan itu atas faktor menghidap sleep apnea.

syanie

Katanya, keputusan ujian bersama doktor mendapati pernafasannya akan terhenti lebih 120 kali setiap kali sedang tidur.

Saya buat pembedahan gastric bypass bukan sebab nak kurus tapi untuk kekal sihat. Waktu itu berat saya 220 kilogram (kg) dan saya ada sleep apnea. Bila buat ujian, lebih 120 kali nafas saya terhenti.

 

Bila nafas terhenti maknanya oksigen tak sampai ke otak jadi doktor cakap kalau teruskan saja begini, tak lama hidup saya dan boleh mati dalam tidur.

@siardotmy Saksikan video penuh Ruang Temu eksklusif bersama Pelakon dan Pelawak, SYANIE HISHAM di saluran SIAR Unifi TV dan Youtube SIAR TV! 📺🎬 #ruangtemu #siar #syanie #surger #syaniehisham #gastricbypass ♬ original sound – SIAR

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

pempengaruh mozambique maut pembedahan plastik
2 weeks ago

Pempengaruh Maut Selepas Jalani Pembedahan Plastik Buang Lemak & 'Buat Hidung' Secara Percuma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...