Dalam episod terbaru Keluar Sekejap Lagi, KJ dan Shahril sempat berkongsi antara kenangan yang tak dapat mereka lupakan.
Daripada banyak-banyak kenangan tersebut, KJ menyatakan bahawa dia pernah ada Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD). Apa punca?
Video Bekerja Di Mamak Sering Diputar, KJ Trauma
Memandangkan mereka berada di kedai mamak, KJ memulakan topik tersebut dengan berkata dia mempunyai kenangan yang tak dapat dilupakan di tempat tersebut.
Belum sempat KJ sambung cerita, Shahril boleh pula bercanda dengan menyatakan KJ semestinya tak dapat melupakan kenangan tersebut sebab ia masih tular sehingga ke hari ini.
“Ada trauma eh?” dengan nada bergurau Shahril tambah.
KJ pun mengiyakan dengan berkata “What we called it? PTSD, Post-Traumatic Stress Disorder sebab rakam dekat mamak dulu dan video tersebut ditayang semula banyak kali”.
Topik nostalgia kemudian disambung dengan memori semasa mereka kanak-kanak.
Vico Jadi Pilihan Sejak Kecil, Shahril Imbau Kenangan Waktu Belajar
Pada Shahril pula, antara kenangan yang pastinya dia tak dapat lupakan adalah air Vico panas buatan ibunya.
Kata Shahril, ibunya akan sentiasa menghidangkan Vico panas sebelum ke sekolah dan menasihati dia agar tidak minum air berais pada waktu pagi.
Roti Tabur Vico Jadi Kegemaran Shahril & KJ
Selain air Vico panas, Shahril turut berkongsi bahawa dia amat menggemari roti tabur Vico versi buatan sendiri yang mana setiap kali balik sekolah, dia pasti akan buat hidangan tersebut. Wow, ada versi tersendiri, mesti sedap ni!
Siapa sangka roti tabur Vico boleh upgrade jadi premium seperti mana yang dilakukan oleh Shahril waktu sekolah dan zaman universiti dulu betul tak?
KJ juga tak menafikan bahawa roti tabur Vico merupakan salah satu makanan klasik pada suatu ketika dahulu, semasa KJ tinggal di asrama.
Menurut KJ, dia memang hanya tabur serbuk Vico ke atas roti saja memandangkan dia tidak ada microwave di asramanya.
Sempat menyelit, Shahril berkata “The texture akan jadi macam habuk sikit kan?”, dan KJ mengiyakan dengan berkata roti tersebut terasa sedikit dry. Wah, bestie dua orang ni suka betul dengan roti tabur Vico kan?
Mana taknya, juadah ini bukan saja mudah dan cepat, malah menyihatkan juga tau! Kalau anda nak tahu, Vico kaya dengan Magnesium yang dapat membantu untuk kecerdasan minda dan paling penting rendah gula tau!
Boleh Dibawa Ke Mana Saja, Jom Kekal Cerdas Bersama Vico
Haa, selain roti tabur dan air panas, korang juga boleh menikmati Vico di mana saja dengan minum air kotak Vico tau! Lebih mudah dan cepat, macam KJ minum dalam kereta, sambil-sambil borak tentang kenangan lama.
Tak kira kalau anda nak pergi berjalan ke, bersenam ke, pastikan anda minum dahulu Vico untuk lebih bertenaga!
Nak beli Vico tapi tak tahu dekat mana? Senang saja, anda boleh dapatkan di mana-mana kedai runcit berdekatan atau anda boleh dapatkan dalam talian dengan klik pada pautan di bawah ini:
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSjGPMsYq/?page=TikTokShop
Shopee: https://shopee.com.my/vico_flagship_store
Lazada: https://s.lazada.com.my/s.TVZc6