Penyanyi rap Caprice menafikan tuduhan segelintir pihak yang mengatakan dirinya takut untuk mengulas kes melibatkan personaliti dakwah, Ebit Lew.
Bukan sebab ‘goyang’
Ekoran hal tersebut, Caprice tampil menafikan dakwaan netizen yang ‘memetik’ namanya kerana dianggap takut untuk mengulas kes yang sedang tular itu. Tambahan pula, penyanyi rap ini turut mendedahkan punca sebenar dirinya tidak mampu membuka mulut adalah kerana perintah injuksi yang diterimanya.
Bukan sebab kita goyang atau takut nak ulas. Tapi sebab ada orang berjaya pasang injuksi sejak Februari 2024.
Mohon maaf kerana tidak dapat bahas
Dalam pada itu, Caprice juga membuat permohonan maaf kepada warganet kerana tidak dapat mengulas atau memberi sebarang kenyataan mengenai isu yang membabitkan individu tersebut.
Untuk pengetahuan semua, sejak Februari 2024, Caprice terima satu injuksi untuk tak boleh ulas, cover, respon, sebut nama orang tersebut.
Dan semua komen memang kena padam kalau orang sebut je nama dia, Caprice akan kena juga. Minta maaf ya, kes kita tetap jalan.
View this post on Instagram
Untuk info, semalam Ebit Lew tetap meneruskan saman fitnah kepada Caprice dan TikToker Indonesia, Mondy Tattoo walaupun dirinya tidak akan didakwa atas tuduhan mencabul selepas Mondy memutuskan untuk tidak meneruskan kes tersebut.