Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip menerima tepukan dan ‘standing ovation’ ketika muncul di Konsert By Ajai & Mega Friends malam tadi.
Dalam pada itu, Hafiz turut memberi respon terhadap dakwaan yang tersebar sebelum ini bahawa dia mengambil bahan terlarang sehingga menyebabkan berat badannya mengalami perubahan drastik.
Korang nampak saya kurus bukan sebab saya hisap batu, bukan hisap dadah dan benda-benda yang korang tuduh itu.
Hidap slip disc
Tegas penyanyi kelahiran Sarawak itu, perubahan yang berlaku pada berat badannya sebenarnya adalah disebabkan penyakit slip disc yang dihidapinya.
Saya menjaga kesihatan, saya pergi gim, saya masuk kelas boxing dah dua bulan. Bukan sebab saya nak bergaduh, tapi sebab untuk fitness saya, kesihatan diri. Itulah sebab kenapa saya kurus.
Tambahnya, dia menghidapi slip disc sejak beberapa tahun lalu dan sejak itu dia menjaga kesihatannya dengan lebih teliti namun akui penyakit tersebut tidak mengganggu suaranya.
Sejujurnya kalau dari segi suara, tak memberi kesan tetapi ia sedikit sebanyak memberi impak terhadap pergerakan badan saya.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.