Memetik laporan Astro Awani, isteri kepada Tan Sri Musa Hassan telah tampil menafikan bahawa dia adalah dalang di sebalik penyebaran video pertelingkahannya bersama Ketua Polis Negara itu baru-baru ini.
Wanita berkenaan, Puan Sri Elly Afizahwati, 42, menjelaskan bahawa rakaman tersebut telah diberikan kepada pihak polis lebih awal ketika siasatan dijalankan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK), Kuala Lumpur.
Dia juga berasa sesal dan mengecam tindakan penyebaran video berkenaan kerana ia turut mendedahkan wajah anaknya yang masih kecil.
Saya turut mengecam penyebaran rakaman video itu kerana telah mendedahkan wajah anak saya yang masih kecil.
Telefon bimbit mengandungi video tersebut telah diserahkan kepada polis, jadi saya tidak pasti sama ada ia tersebar kerana orang dalaman atau tidak.
Maklum Elly lagi, dia hanya tahu mengenai video tersebut telah menjadi ‘viral’ setelah diberitahu oleh adiknya.
“Ekoran penyebaran video itu, saya telah dipanggil memberi keterangan di IPK Kuala Lumpur pada 1 Mac lalu, malah saya membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang berlaku sebelum ini” ujarnya.
Elly juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini bagi tujuan memfailkan permohonan cerai.
Perempuan memang ditakdirkan mempunyai keberanian lebih dari lelaki. Dia tak peduli la kau ayahanda ke mantan Ketua Polis Negara ke semua dia tak heran. pic.twitter.com/3hCZipa5LX
— Mak Cik Bawang (@makcikbawangmu) March 7, 2023
Terdahulu, video pergaduhan suami isteri dipercayai TS Musa Hassan bersama isterinya bersama seorang kanak-kanak telah menjadi tular di media sosial.
TS Musa kemudian tampil memberi penjelasan mengenai rumah tangga yang bergolak dan meminta orang ramai untuk menghormati privasinya.