Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bukan Saya Yang Curi – Aliff Aziz

Kecoh sebentar dunia hiburan hari ini apabila Aliff Aziz telah didapati bersalah mencuri 2 biji telefon dan didenda $2000. Tertanya-tanya juga Abang Nara kenapa sampai nak mencuri sebab rasanya Aliff Aziz boleh beli apa jua jenis telefon yang dimahukannya. Macam tak masuk akal pun ada jugak kan? Apabila mendengar penjelasan Aliff Aziz di portal Murai, barulah Abang Nara faham. Kesian pun ada jugak dengan nasib yang menimpanya.
aliff azizRupa-rupanya yang mencuri telefon-telefon itu bukanlah Aliff Aziz tetapi rakannya. Aliff Aziz sekadar berada di rumah rakannya untuk melepak dan berbual kosong. Namun kerana dia turut berada di situ, Aliff dikira bersubahat. Kata Aliff Aziz:-

Saya bayar SGD2000 adalah untuk “clearkan” kes ini agar memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia. Undang undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya juga dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri.

Advertisement

Saya harap penjelasan saya dapat memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap biadap rakan saya itu. Saya harap dia akan berubah.

aliff aziz

Malang sungguh nasib Aliff Aziz. Diharap Aliff jangan berkawan lagi dengan rakan tersebut. Orang suka mencuri ini memang susah nak berhenti. Sekali mencuri, pasti nak mencuri lagi. Apa pun imej Aliff Aziz memang sudah tercemar kerana perkara ini. Diharap dengan penjelasan ini, sedikit sebanyak nama baik Aliff Aziz akan pulih. Tabahlah!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama