Kecoh sebentar dunia hiburan hari ini apabila Aliff Aziz telah didapati bersalah mencuri 2 biji telefon dan didenda $2000. Tertanya-tanya juga Abang Nara kenapa sampai nak mencuri sebab rasanya Aliff Aziz boleh beli apa jua jenis telefon yang dimahukannya. Macam tak masuk akal pun ada jugak kan? Apabila mendengar penjelasan Aliff Aziz di portal Murai, barulah Abang Nara faham. Kesian pun ada jugak dengan nasib yang menimpanya.
Rupa-rupanya yang mencuri telefon-telefon itu bukanlah Aliff Aziz tetapi rakannya. Aliff Aziz sekadar berada di rumah rakannya untuk melepak dan berbual kosong. Namun kerana dia turut berada di situ, Aliff dikira bersubahat. Kata Aliff Aziz:-
Saya bayar SGD2000 adalah untuk “clearkan” kes ini agar memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia. Undang undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya juga dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri.
Saya harap penjelasan saya dapat memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap biadap rakan saya itu. Saya harap dia akan berubah.
Malang sungguh nasib Aliff Aziz. Diharap Aliff jangan berkawan lagi dengan rakan tersebut. Orang suka mencuri ini memang susah nak berhenti. Sekali mencuri, pasti nak mencuri lagi. Apa pun imej Aliff Aziz memang sudah tercemar kerana perkara ini. Diharap dengan penjelasan ini, sedikit sebanyak nama baik Aliff Aziz akan pulih. Tabahlah!!!