“Bukan Saya Yang Bagi ‘Title Tu” – Digelar ‘Presiden TikTok, Aeril Zafrel Mengaku Pernah Dianggap Kebudak-Budakan

Hiburan

“Bukan Saya Yang Bagi ‘Title Tu” – Digelar ‘Presiden TikTok, Aeril Zafrel Mengaku Pernah Dianggap Kebudak-Budakan

Pelakon dan juga usahawan, Aeril Zafrel mendedahkan bahawa dia pernah dihina dan dilabel kebudak-budakan kerana sering dan aktif memuat naik kandungan di TikTok,terutamanya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan suatu ketika dahulu.

Aeril yang memiliki lebih dua juta pengikut di aplikasi media sosial itu juga menjelaskan bahawa gelaran ‘Presiden TikTok’ bukanlah datang dari dirinya sendiri tetapi dari peminat dan pengikut TikTok miliknya.

Advertisement

Saya tak pernah gelar diri saya presiden, tapi waktu pelaksanaan PKP, saya antara selebriti yang aktif menggunakan TikTok.

Dulu ramai yang memandang aplikasi ini hina dan kebudak-budakan, tapi saya malas nak ambil pusing dan tetap teruskan dengan muat naik kandungan bagi menghiburkan hati rakyat Malaysia.

Daripada tujuan untuk menghiburkan, kini Aeril mengambil peluang melalui popularitinya di aplikasi TikTok itu dengan mempromosikan perniagaan dan menjana pendapatan pula.

Katanya lagi, TikTok juga dilihat dapat memberi peluang kepada mereka yang ingin bergelar ‘influencer’ sekaligus dapat mengubah nasib hidup mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

DS Vida
2 bulan lalu

"Pekak La Baby Tu Kak Oii " - DS Vida Dikecam Menjerit Dekat Anak Orang Sampai Menangis Tersedu-Sedan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Harian Metro

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...