Bukan Saya Umum Buka Tudung Lepas Bercerai – Lufya Omar

Hiburan

Bukan Saya Umum Buka Tudung Lepas Bercerai – Lufya Omar

Tidak dinafikan penyanyi dan pelakon, Lufya Omar sedang menghadapi dugaan besar berkaitan rumah tangganya. Namun, walau apa pun terjadi, Lufya tetap dengan pendiriannya tidak akan membuka tudung.

lufya omar

Advertisement

Spekulasi Lufya membuka tudung selepas bercerai timbul selepas netizen berasa keliru antara dirinya dengan Zarina Anjoulie yang baru-baru ini mengumumkan dirinya tidak lagi bertudung.

Saya terpaksa jelaskan sebab ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) dan bertanya. Saya pakai tudung sebelum kenal dengan suami lagi. Insya-Allah, akan kekal sampai akhir nafas saya.

lufya omar buka tudung

Hijab ini bukan menandakan kita baik, alim atau bagus daripada orang lain. Kita semua pendosa dan bukan maksum. Jangan hanya kerana kekecewaan kita terhadap manusia, kita sampai menderhaka kepada perintah Allah. Tanda kiamat sudah semakin banyak.

Dalam pada itu, Lufya berharap peminat dapat mendoakan dirinya supaya terus kuat berdepan dengan segala ujian.

lufya omarSejak dari dulu lagi memang ramai yang keliru antara Lufya dan Zarina kerana wajah mereka hampir sama. Apa-apa pun, harapnya dengan penjelasan ini, netizen jangan keliru lagi ye.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...