Fesyen baju merah Neelofa ketika Anugerah MeleTOP Era 2015 baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi apabila rakannya sendiri telah membuat teguran secara terbuka kepada pengacara tersebut. Digelar fesyen ‘sotong‘, Neelofa tampak bengang dan kecewa dengan teguran tersebut. Malah Neelofa telah tampil membalas kritikan tersebut secara online dengan kata-kata yang tidak kurang pedasnya.
Menafikan dirinya tidak boleh menerima kritikan, Neelofa melahirkan rasa kecewa kerana teguran tersebut datangnnya daripada rakan sendiri. Lagi sedih kerana rakan tersebut boleh dikatakan rapat, malah turut mengenali keluarga Neelofa. Orang kata kalau kawan-kawan janganlah tegur secara terbuka. Whatsapp, telefon kan ada. Tak gitu? Kata Neelofa:-
Soalnya di sini, bukan saya tidak boleh ditegur atau dikritik cuma apabila kritikan itu keluar daripada mulut orang yang saya kenal baik, itu yang buat saya agak geram dan membalasnya.
Dia bukan tak kenal saya. Dia kenal keluarga saya dan kami pernah makan bersama. Malah kami juga pernah bekerja sekali. Kenapa dia perlu mengkritik di media sosial, sekaligus mengeruhkan lagi keadaan?
Saya percaya kalau dia kawan, dia boleh menegur pakaian saya menerusi mesej atau panggilan telefon. Sebab itu saya hilang pertimbangan dan membalas kritikannya.
Abang Nara bersetuju dengan pendapat Neelofa. Namun di dunia era serba moden ini, erti persahabatan dan kawan kini menjadi semakin murah. Lebih-lebih kalau bergelar seorang selebriti. Kawan makan kawan adalah lumrah kehidupan. Bagus juga perkara sebegini terjadi. Sekurang-kurangnya Neelofa tahu siapa sebenarnya kawan, dan siapa sebenarnya lawan. Bertabahlah Neelofa. Bak kata pepatah, kawan ketawa seribu pun boleh dicari, kawan menangis, seorang pun susah nak jumpa. Apa pendapat anda? Sumber Harian Metro.