Minggu lalu, kecoh dengan isu kononnya pelakon Nur Fazura membuat keputusan mengikut kehendaknya peribadinya sendiri apabila meletakkan syarat mahu suaminya, Fattah Amin tampil bersama sebagai penyampai anugerah FFM 30 sehingga tidak menghormati artis lain.
Setelah timbul pelbagai spekulasi, Fattah akhirnya tampil bersuara dan memberitahu kontroversi yang berlaku hanya fitnah semata-mata. Katanya, beliau hanya menjalankan tanggugjawab yang telah ditugaskan kepadanya.
Semestinya saya berasa ralat dan terkesan apabila diberitahu mengenai gandingan penyampai bagi kategori itu adalah bekas pemenang FFM sebelum ini. Saya sama sekali tidak tahu menahu, sebaliknya sekadar memenuhi tanggungjawab atas permintaan penganjur.
Beberapa minggu sebelum majlis, dimaklumkan kehadiran saya mengikut kontrak sebagai ‘trigger’ bagi memberikan elemen kejutan. Malah, saya juga tidak dimaklumkan mengenai kategori yang memerlukan saya naik ke pentas.
Saya menganggap isu ini sebagai fitnah kerana saya tidak pernah meletakkan syarat, apatah lagi untuk tampil sesuka hati.
Tambah, Fattah biarpun beliau masih baru dalam industri, beliau tidak akan pernah sesuka hati hadir ke mana-mana majlis. Fattah akui, kontroversi yang berlaku memberikan kesan terhadap reputasinya.