“Bukan Saya Pakai Duit Anda Untuk Beli Alat Solek” – Gadis 16 Tahun, Zakirah Zainal

Trending

“Bukan Saya Pakai Duit Anda Untuk Beli Alat Solek” – Gadis 16 Tahun, Zakirah Zainal

Era sekarang, semua orang mempunyai akses kepada media sosial. Begitu juga dengan gadis 16 tahun, Zakirah Zainal. Gadis ini yang mempunyai puluhan ribu pengikut di Instagram telah memuat naik satu gambar dia dan rakan-rakannya ke akaun Instagram.

model16anGambar itu telah diambil oleh seorang pengguna Twitter, Iman Nadieya Hassan dengan kapsyen, “Budak 90-an sila mereput. Sebab kid nowadays baru 16 tahun dah lawa-lawa.”

Advertisement


czoyuveucaaafuq

 

Iman Nadieya mendakwa dia hanya berniat bergurau dan bukan mengecam mereka yang lahir di tahun 90-an kerana dia sendiri lahir pada dekad tersebut. Namun ramai menyalah ertikan tweet Nadieya, dan mengundang pelbagai reaksi mengutuk aksi Zakirah dan rakan-rakannya dalam gambar tersebut. Antaranya:

czoywknviaq7oidczoyvumuaaalzrdczoyvvcvqai-ix2

Mungkin terkesan dengan komen-komen Netizen yang mengecam dirinya, Zakirah Zainal telah menerbitkan satu video berbentuk vlog di rangkaian YouTube miliknya menerangkan bahawa gambar tersebut diambil dari Instagramnya tanpa pengetahuannya, dan dia tidak pernah mengecam generasi yang lahir pada tahun 90-an. Menurut Zakirah, Iman Nadieya sendiri telah menghubunginya melalui mesej terus Instagram dan meminta maaf. Video Zakirah tersebut boleh ditonton di bawah.

Kata Zakirah dalam bahasa Inggeris, gambar tersebut diambil dari satu sesi penggambaran dan dia telah memuat naik gambar itu yang menunjukkan aksi Zakirah bersama model-model lain dan kapsyen asal menulis ‘sesi penggambaran bersama rakan, sila tunggu.’

Zakirah memberitahu dia tidak bersalah dan merasa sedih dengan komen-komen yang dilemparkan kepadanya, dan tidak faham kenapa ada yang menuduh tweet tersebut berasal dari dirinya. Dia memberitahu kenyataan seperti itu mengarut dan tidak akan keluar dari dirinya sendiri.

Walaupun berusia 16 tahun, Zakirah menerbitkan video tutorial solekan di YouTube dan dibayar untuk memakai solekan bagi tujuan penggambaran.

Zakirah memberitahu dia tidak bersolek tebal sepanjang masa, dan tidak menggunakan duit ibu bapa atau sesiapa untuk membeli solekan melainkan dibeli menggunakan wang yang diperolehi hasil pendapatan YouTube.

Pada pendapat penulis, remaja 16 tahun yang lahir dari generasi sebelum ini bukan tidak cantik, cuma pada usia 16 tahun, mereka semua tidak mengenakan solekan. Remaja sebelum ini tidak menjadikan solekan sebagai hobi, sebaliknya lebih banyak menjalankan aktiviti seperti remaja normal iaitu bersukan, mengumpul setem, melukis dan sebagainya.

Seperti yang pernah penulis katakan sebelum ini, remaja 16 tahun sepatutnya bersikap seperti remaja, dan bukan seperti wanita dewasa dengan membuat tutorial solekan, memakai kanta lekap berwarna dan membuat review alat solek. Mungkin patut menunggu sekurang-kurangnya hingga habis persekolahan untuk menjadi artis solekan seperti orang lain? Bukan soal kecantikan, dik.

Tetapi jika itu pilihan beliau, siapa kita mahu menghalangnya, bukan? Tepuk dada, tanya selera.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...