“Bukan Saya Memondan Hari-Hari” – Fizz Fairuz Sasar Kutipan RM10 Juta Bagi Filem Mat Tudung Begins

Hiburan

“Bukan Saya Memondan Hari-Hari” – Fizz Fairuz Sasar Kutipan RM10 Juta Bagi Filem Mat Tudung Begins

Pengarah filem Mat Tudung Begins, Fizz Fairuz menyasarkan kutipan tiket sehingga RM10 juta setelah ia ditayangkan nanti.

Ditemui media ketika majlis tayangan perdana filem tersebut, Fizz berkata dia sudah menerima pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya tentang penerbitan filem terbabit.

Advertisement

Ia berikutan penampilan pelakon lelaki yang menyerupai wanita dan bertudung namun Fizz menjelaskan bahawa apa yang dipaparkan pada poster filem tersebut bukanlah menceritakan mengenai isu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Ujar Fizz, dia sudah merujuk kepada Lembaga Penapisan Filem agar tidak tersasar jauh daripada apa yang dibenarkan dalam penerbitan sesebuah karya filem.

Saya tahu syarat-syarat LPF dan sebelum saya buat filem ini pun saya dah berjumpa dengan orang yang sepatutnya.

Niat saya buat filem ini adalah sebagai satu cerita penyamaran. Bukanlah saya memondan hari-hari.

Fizz yang turut mengalirkan air mata pada malam itu berkata dia menunggu hampir 9 tahun untuk membuat filem itu selain meluahkan rasa teruja kerana ada yang sudi melabur dan diberi kepercayaan untuk mengarahkan Mat Tudung Begins.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Meletakkan sasaran RM10 juta hasil pulangan tiket, Fizz sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan kerana sudah banyak kali kecewa sepanjang melibatkan diri dalam dunia hiburan di Malaysia.

Itu angan-angan dan impian saya. Jika tidak mencapai sasaran tak mengapa. Saya sudah banyak kali kecewa contohnya saya berlakon drama Nur Kasih. Orang lain menang tiap-tiap tahun tapi saya tidak menang.

Sekadar info, Mat Tudung Begins dibintangi barisan pelakon seperti Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi dan Mimi Peri dan akan ditayangkan pada 3 Ogos ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ellie suriati Dr azra Azri iskandar
1 year ago

"Maya Darina Ke Tu?" - Bukan Netizen Je, Ellie Suriati Gesa Dr. Azra Munculkan Diri, Kenal Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...