“Bukan Saja Rosak Reputasi, Tapi Juga Keluarga” – Selepas Ruhainies, Aliff Aziz Pula Keluarkan Kenyataan Ditangkap Khalwat

Hiburan

“Bukan Saja Rosak Reputasi, Tapi Juga Keluarga” – Selepas Ruhainies, Aliff Aziz Pula Keluarkan Kenyataan Ditangkap Khalwat

Semalam, pelakon Ruhainies ada memuat naik satu hantaran di Instagram perjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada malam dirinya dan aktor, Aliff Aziz ditangkap khalwat.

Aliff Aziz turut keluarkan kenyataan

Tidak lama kemudian, Aliff turut mengeluarkan kenyataan daripada pihaknya mengenai isu ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di kondominium milik Ruhainies.

Advertisement

Kata Aliff, dia diajak untuk makan malam bersama keluarga Ruhainies dan sesudah sampai di kondo terbabit, dia membantu aktres itu membawa barangan ‘shooting’ sementara menunggu kakaknya, Risteena.

Sedar tindakan naik ke kondo salah

Aliff turut mengakui sepatutnya dia hanya tunggu di ruangan lobi pada malam terbabit tetapi dirinya tidak sangka situasi akan jadi seteruk ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

Cara yang betul adalah kita sepatutnya tunggu di lobi. Tapi, sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi yang tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.

Anggap sebagai ujian

Diakhir perkongsiaan, Aliff memohon maaf atas kekhilafan dirinya dan sedar atas kesilapan yang berlaku, reputasinya serta keluarga telah rosak.

Malah bertegas bahawa tiada apa-apa pun yang berlaku diantaranya dan Ruhainies pada malam tersebut.

Ruhainies aliff aziz
9 months ago

“Saya Sayang Persahabatan Saya, Harap Bella & Aliff Tak Akan Berpisah” - Ruhainies Akhirnya ‘Buka Cerita’ Situasi Sebenar Hari Ditangkap Khalwat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...