Bukan Saja ‘Nadia’, 7 Lagi Haiwan Di Zoo Bronx Dilaporkan Positif COVID-19

Trending

Bukan Saja ‘Nadia’, 7 Lagi Haiwan Di Zoo Bronx Dilaporkan Positif COVID-19

Sebelum ini kita telah dikejutkan mengenai seekor harimau Malaya bernama ‘Nadia’ telah dijangkiti COVID-19. Perkara tersebut telah membuktikan kepada banyak pihak bahawa virus itu turut mengancam haiwan di sekeliling kita.

Baca: ‘Nadia’ Menjadi Harimau Malaya Pertama Diuji Positif COVID-19

Advertisement

Hari ini, Zoo Bronx sekali lagi melaporkan bahawa selain ‘Nadia’ terdapat tujuh ekor lagi haiwan yang berada di zoo tersebut telah disahkan positif COVID-19.

Dikatakan, keputusan untuk menjalankan ujian terhadap tujuh haiwan terbabit dibuat selepas melihat keputusan ujian yang diperoleh harimau Malaya sebelum ini pada 5 April yang lalu.

Difahamkan, empat daripada tujuh haiwan tersebut adalah merupakan spesies harimau dan tiga lagi adalah singa Afrika. Tujuh haiwan berkenaan telah diuji melalui pengambilan sampel najis, setelah mendapati mereka menunjukkan simptom yang sama dialami oleh ‘Nadia’ iaitu batuk kering dan penurunan selera makan.

Walaubagaimanapun, seekor harimau daripada tiga yang dijangkiti dikatakan langsung tidak menunjukkan sebarang simptom.

Kami menguji haiwan dan harimau itu sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan sebarang maklumat akan disalurkan bagi meningkatkan pemahaman dunia tentang virus baru ini.

Sama seperti sebelum ini, pihak zoo sangat yakin bahawa haiwan itu telah dijangkiti virus COVID-19 daripada salah seorang staf yang menjaga mereka yang turut tidak menunjukkan sebarang simptom. Namun, sehingga kini masih tiada jawapan mengenai bagaimana jangkitan sebenar boleh berlaku.

Gambar Hiasan

Keadaan kelapan-lapan haiwan yang disahkan positif COVID-19 di zoo itu dilaporkan berada dalam keadaan yang baik ketika ini dan sudah menunjukkan tingkah laku yang normal.

Haiwan lain seperti cheetah, puma dan harimau bintang tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...